hATi…/

31 03 2008

Kenapa hati sering berubah?

Kenapa hatiku sentiasa berkata begitu?

Walaupun siDia menafikan bahawa hatinya sudah berubah?

Adakah hati ini menipu?

Atau adakah hatiku berkata setulusnya…

Seringkali aku menyatakan hatinya berubah haluan…

Biarlah ku menangis seperti pengemis…

Untuk menambat hatinya…





Berserah – Taufiq Batisah (with lyric)

31 03 2008

Aku suka sangat lagu ni, so aku nak kongsi dengan korang semua!





Stacy – Rela

31 03 2008

1st aku dengar lagu ni, dah aku suka. So aku nak kongsi dengan korang semua yang lagu ni aku suka.

Tila – Rela

Tak ubah berbunga lalang
Rendahnya pandanganmu
Padaku yang amat memerlukan

Kegersangan sekeping hati
Mengharapkan setitis embun
Agar basah rindu ini

Aku yang terbuang
Sejak mula lagi
Puas ku merintih
Puas ku berduka

Ku hanya mampu berserah
Berserta doa harapan
Ubahlah haluan hidup ini

Demi cinta yang menyala
Kurela menggenggam bara api
Demi kasih yang mengharum
Sungguh aku rela

Biarpun pada pandangan
Seperti bunga yang layu terbuang
Namun kau pasti tahu
Semua kerna
Aku masih lagi setia padamu
Biar ku menangis seumpama pengemis

Ku hanya mampu berserah
Berserta doa harapan
Ubahlah haluan hidupku ini

Tila – Rela (with Lirik)





cInTA

30 03 2008

Cinta….

Kenapa perasaan ini wujud?

Adakah cinta sejati dibalas cinta sejati?

Kenapa perasaan ini mencapai puncak ia sering jatuh menjunam?

Adakah takdir hidupku begitu?

Lagi sekali, Kenapa parasaan ini wujud?

Aku sendiri menanti jawapnya…

Indahkah cinta itu?

Cinta ungkapan mati bagi diriku…

Cinta yang membunuh diriku saat ini…

Dari hati ia dilahirkan dan hati jugalah ia membunuh…

Biarkan ku relakan walau hidupku sebuah tanda tanya….

Biarkan ungkapan ini membunuh diriku…

Biarpun tak mampu ku bertahan…

Tapi takan pernah ku akui kalah…

Tuhanku ku relakan segala…

Percaya ku yakin padanya…

Dia yang menentukan semua…

Ya Allah…





Hanya Kau Yang Mampu – Aizat (with Lyric)

30 03 2008

Ku cuba redakan relung hati
Bayangmu yang berlalu pergi
Terlukis di dalam kenangan
Bebas bermain di hatiku

Cerita tentang masa lalu
Cerita tentang kau dan aku
Kini tinggal hanya kenangan
Kau abadi di dalam hatiku

Harusnya takkan ku biarkan engkau pergi
Membuat ku terpuruk rasa ingin mati
Derita yang mendera kapan akan berakhir
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku

Cerita tentang masa lalu
Cerita tentang kau dan aku
Kini tinggal hanya kenangan
Kau abadi di dalam hatiku

Harusnya takkan ku biarkan kau pergi
Membuat ku terpuruk rasa ingin mati
Derita yang mendera kapan akan berakhir
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku
[Hanya Kau Yang Mampu on http://koleksilirik.blogspot.com ]

Aku cinta ooohhhhhh
Aku cinta oooooooo
Aku cinta ooohhhhhh
Aku cinta oooooooo

Harusnya takkan ku biarkan engkau pergi
Membuat ku terpuruk rasa ingin mati
Derita yang mendera kapan akan berakhir
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku

Aku cinta ooohhhhhh
Aku cinta oooooooo
Aku cinta ooohhhhhh
Aku cinta oooooooo

Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku
ooooo





Cintaku D’sini (5)

30 03 2008

Hampir 2 minggu Almie tinggal bersama keluarga Faisal. Seperti yang dijangkakan Faisal ibu bapanya sanggap menerimanya sebagai anak sendiri. Hati Faisal semakin bertaut akan Almie, dengan budi bahasa dan tingkah laku yang menarik. Erasaan dingin terhadap Wati semakin menebal.

“Mama, saya nak batalkan pertunangan ni”, kata Faisal perlahan.

“Ha, kau jangan cari pasal Faisal!”

“Tak, mama hati saya sudah bertaut pada orang lain”, katanya sambil memerhatikan ibunya yang merenung matanya tepat kedalam.

“Mama faham maksud kau Faisal. Mama tak kisah asalkan kau bahagia. Tapi pertunangan ini kau sendirilah yang selasaikannya, sebab lagi seminggu aja Faisal”

“Itu mama jangan risau Faisal sendiri akan uruskan”

Bunyi pintu memecah kesunyian, kelihatan Almie keluar dari bilik.

“Apa lah yang dibincangkan anak beranak ni, macam serius aja. Almie nak tahu boleh?”, kata Almie sambil memeluk ibu angkatnya itu. Titisan air mata tidak tertahan.

“Almie, kenapa nangis ni?”, ibu Faisal sambil mengusap kepala Almie.

“Almie rindu kan emak”

“Dah, jangan di ingat pada orag dah tak ada, tak baik. Lebih baik Almie berdoa dan sedekahkan apa yang patut”, kata ibu angkatnya yang sudah pun mengangap Almie itu sebagai anak kandungnya.

PERTUNANGAN antara Faisal dan Wati sudah dibatalkan. Dan selama setahun jugalah Wati menyimpan dendam terhadap Almie yang menyebabkan punca utama pertunangan mereka dibatalkan. Antara Faisal dan Almie semakin intim, Bagi mengelakan kejadian yang tidak diingini berlaku Faisal dan Almie mengikat ikatan pertunangan. Hampir lima bulan ikatan pertunangannya. Hari yang dinantikan semakin tiba.

“Faisal lagi sebulan aja majlis perkhawinan kau. Kau dah buat apa yang mama suruh?”

“Dah mama, petang tadi saya dan Almie dah pun ke butik”

“ Bagus la tu. Ingin pesan mama Faisal, jaga anak orang baik-baik, Almie tuh baik orangnya”

“Mama jangan risau la yer”, kata Faisal sambil memeluk ibunya erat.

“Mana Almie?, mama tak nampak pun dia hari ini”

“Die keluar dengan Sarah, katanya nak beli hantaran sikit”, kata Faisal sambil melihat ibunya yang sedang sibuk mengubah hantaran yang cantik bewarna peach itu.

Deringan telefon memeranjatkan Faisal, lantas Faisal bagun dan mencapai telefonnya.

“Sapa pulak la yang telefon malam-malam ni”, Faisal merungut sambil mengangkat ganggang telefon.

“Hello”

Setelah lima minit perbualan Faisal yang tergamam terus rebah diatas lantai. “Faisal kenapa dengan kau ni?”, tanya ibunya yang sambil menahan Faisal dari rebah ke lantai.

“Mama, Almie”, jawap Faisal perlahan seakan tersekat di penghujung ayat.

“Kenapa?”

“Kemalangan”

“Ya , Allah!. Sekarang ni dia kat mana?”

“Hospital”

“Dah jom kita pergi”, lantas ibunya mengangkat sedaya upaya.

Tiba di hospital Almie sedang dibilik kecemasan. Faisal yang tidak tenteram hanya duduk merenung kehadapan. Apa yang akan terjadi akan perkhawinan yang telah dirancang selama ni. Hancur hatinya, menyesal jiwanya, tetapi tidak berguna difikirkan. Jam tepat menunjukan 3.00 pagi. Almie masih dibilik kecemasan.Doktor yang mengarahkan mereka pulung, lantas mereka melangkah kaki pulang kerumah. Fikiran Faisal tetap kepada perkhawinan yang telah dirancang oleh mereka, sesekali bayangan Almie bermain dimata Faisal.

aweks_1.gif





Cintaku D’sini (4)

30 03 2008

Hampir sepuluh minit Faisal manunggu Almie di salah sebuah kedai makan yang terletak di tengah ibu kota, Bukit Bintang. Sesekali Faisal menelefon Almie menanyakan dimana?

“Almie kau kat mana ni?”

“Sabar la Faisal aku on the way ni”

Semakin hampir samakin hati Almie tidak keruan. Risau akan tanggapan Faisal melihat perubahan terhadap dirinya yang mendadak. “Macam mana la aku nak terangkan pada Faisal ni?”, bisik hati Almie perlahan. Degupan jantung Almie tidak terkawal lagi, langkah semakin perlahan, sesekali terlintas kenangannya bersama Faisal suatu ketika dahulu.

Selepas beberapa minit Faisal melihat seorang wanita berbaju kebaya ungu mendekatinya, wajahnya tidak dapat digambarkan kecantikannya lebih cantik wanita yang dikenalinya.

Lantas wanita berbaju kebaya itu menegurnya. “Faisal”, sambil menhulurkan tangan. Faisal yang tergamam turut menghulurkan tangannya kepada wanita tersebut.

“Yeah, Cik ni siapa”, tanya Faisal kebingungan.

“Faisal ni aku la, Almie”

“Ha!”, lantas Faisal berdiri, terkejut melihat perebahanya.

“Yer, Faisal ni aku, dan sekarang ni la aku yang sebenarnya”

“Tak mungkin!, kenapa dengan kau ni?, dah tak ingat tuhan ke?, aku bukan kawan kau lagi”, lantas Faisal melangkahkan kakinya keluar.

“Faisal nanti dulu, dengar apa yang aku nak cakapkan ni”

“Apa lagi alasan kau ni?”

“Hampir 23 tahun aku menderita jerana ini Faisal, aku sebenarnya berjantina Kunsar. Semua benda ni tiada siapa yang tahu selain Ibu dan Bapa aku. Dan sebelum mereka meninggal dunia mereka telah menyuruh aku memilih salah satu yang serasi dengan aku”, jelas Almie panjang. Faisal yang terpaku terduduk perlahan-lahan.

“Kenapa kau perlu rahsiakan semua ni Almie?”, tanya Faisal perlahan yang kecewa akan sikap rakannya itu.

“Itu alasan aku sendiri Faisal. Sebab itu aku menghilangkan diri. Kerana aku tidak bersedia untuk jumpa dengan kau, sebab aku takut kau tidak boleh terima aku”

 “Dan sekarang ni kau fikir aku boleh terima kau”

Sebaik sahaja ayat Faisal berakhir Almie dengan berat hati melangkah pergi. Faisal yang duduk di atas kerusi hanya melihatny. Sesekali terbayang kenangan bersama Almie sewaktu ketika dahulu, air mata tidak dapat tertahan mengalir di pipi. Faisal lantas mengejar Almie.

“Aku minta maaf. Aku terkejut dengan perubahan kau sekelip mata ini”

“Kau tak salah Faisal, Aku yang bodoh jumpa dengan kau hari ini”

“Jangan cakap macam tu. Kau tinggal kat mana sekarang”

“Aku akan balik ke kampung”

“Kau tinggal dengan aku bersama ibu dan bapa aku, Mereka berdua sudah pindah kat sini”

“Tak apa lah Faisal, aku takut penerimaan Ibu dan ayah kau pula”

“Aku yakin mereka mesti faham”, lantas Faisal menarik tangan Almie dan membawa ke keretanya.

Setelah sepuluh minit perjalanan. “Kau nampak cantik sekarang Almie”, puji Faisal ikhlas, ternyata Almie kelihatan menarik pada waktu sekarang berbanding dahulu. Almie yang duduk diesebelah hanya tersenyum.

“Kau tak tukar nama ke Almie?”

“Tak aku masih sayangkan nama ibu bapa aku kasi ni”, jelas Almie sambil ketawa sinis.

“Bagus la kalau macam tu”, jawap Faisal sambil memegang tangan Almie yang berada di peha. Perlahan-lahan Almie menarik tangannya.

“Faisal, aku macam ni bukan sebab lain, sebab aku tunaikan wasiat ibu bapaku”

“Tapi kau kena pilihya jugakan Almie, walaupun bukan atas wasiat ibu bapa kau”, jawap Faisal yang ternyata hatinya terpaut akan kecantikan Almie sekarang.





Cintaku D’sini (3)

27 03 2008

Selepas berlakunya perkara 25 Januari itu, hampir 3 tahun Almie menghilangkan diri. Hidup Faisal bertambah rungsing akan ketiadaan Almie disisinya. Jika dahulu Almie lah yang rajin membasuh bajunya, mengemas serta menghias rumah. 3 tahun kehidupan Faisal akan tidak terurus. Sehinggalah timbulnya seorang wanita bernama Wati.

“Wati, I janji akan jaga u sampai akhir hayat”, kata Faisal sampai memegang erat tangan wanita tersebut yang dudu dihadapannya.

“Boleh ke I percaya kata-kata u ni?”, tanya Wati bergurau, sememangnya dia sendiri sudah tahu akan kejujuran Faisal.

“Ala, kan hujung bulan depan keluarga saya akan hantar rombongan meminang”

Wati hanya tersenyum sambil bersandar pada kerusi dah memeluk tubuh. Ikatan yang dijalinkan selama 2 tahun setengah itu akan diteruskan dengan ikatan pertunangan. Terpancar cahaya diwajah dua pasangan merpati putih itu.

Lagu Seribu Tahun memecah kesunyian. Lantas Faisal mencapai telefon bimbitnya yang berada dihadapannya.

“Hello, Assalamualaikum. Siapa ni?”, jawab Faisal.

“Boleh cakp dengn Faisal”

“Ya bercakap”, setelah beberapa minit berbual, terpancar rasa kegembiraan di wajah Faisal. Wati yang duduk dihadapannya turut gembira walaupun dia sendiri tak tahu habar baik apa yang diterima Faisal.  Setengah jam perbualan Faisal, Wati yang berada dihadapannya  tidak diendahkan.  Setelah hampir sejam, perbualan dihentikan.

“Siapa yang call tadi?, gembira betul I tengok”, tanya Wati pelik.

“Kawan lama I, yang I ceritakan kat u dulu. Dah hampir 3 tahun tak dengar khabar berita”, jelas Faisal sambil tersenyum kegembiraan.

“Oh, siapa nama dia?, Almie kan?”

“Ha, dia lah. Ingat lagi u kan”

“Mana la boleh lupa, kan kawan baik u tu”, jawap Wati, Faisal hanya tersenyum.

Sesekali fikiran Faisal melayang mengigatkan Almie. Bagaimana la rupanya sekarang ini. Mesti dah banyak berubah, sebab dah tiga tahun tidak berjumpa mahupun khabar berita diterima. Rasa syukurnya dipanjatkan kepada yang Esa kerana ditemukan mereka berdua. Rindunya menebal. Dan tidak sabar rasanya ingin berjumpa dan bersua muka bersama insan yang sudah lama dia nantikan, serta berita yang dia akan bertunang dengan Wati tidak lama lagi. Tentu berita ini juga mengembirakan Almie.





Lagu Tema – Cintaku D’sini

27 03 2008

music player
I made this music player at MyFlashFetish.com.

 

Seribu Tahun – Imran Ajmain

 





Cintaku D’sini (2)

26 03 2008

25 Januari – Hampir setahun Almie dan Faisal berkawan, tetapi tiada satu perasaan Almie pun yang diluahkan kepada Faisal. Baginya biarlah perasaan itu berkubur disudut hatinya.

“Faisal tak sangkakan dah hampir setahun kita kenal”, kata Almie yang memecah kesepian malam itu.

“Dah tu, apa yang nak peliknya?, pelik la aku dengan kau ni”, kata Faisal selamba, Almie yang mengadap tv dari tadi hanya tersenyum.

Dalam diam-diam hati Faisal juga sudah bertaut kepada Almie kerana budi bahasa dan tingkah laku yang cukup menarik. Tetapi perasaan segan dan rahsia tetap terkunci dihati mereka berdua, kerana itulah luahan perasaan tidak terkata. Dan sekarang mereka masing-masing telah dewasa. Almie sekarang bekerja di salah sebuah syarikat swasta dan Faisal bekerja dibawah agensi kerajaan di Kuala Lumpur. Oleh kerana mereka berjauhan dari keluarga, mereka membuat keputusan untuk menyewa rumah dan duduk bersama.

Lagu umbrella memecah kesunyian. “Almie, ada call”, jerit Faisal.

“Eh, siapa ni?”, lantas Almie menjawab panggilan.

“Hello, Assalamualaikum. Siapa ni?”, tanya Almie.

Setelah lima minit berbual di dalam telefon, Almie terpaku, mendiamkan diri sambil duduk perlahan-lahan di atas sofa merah.

“Almie, engkau ni kenapa?, tiba-tiba aja macam kucing hilang mak!”, tanya Faisal bergurau, tetapi gurauanya bukan gurauan buat Almie.

Terlihat air mata Almie di pipi kanannya. Almie yang hanya mendiamkan diri hanya mengangguk. Inilah saat yang paling menyedihkan dalam hidupnya. Ibu bapa kesayangannya hilang sekelip mata.

“Almie, kau ni kenapa?, bagi tahu la kat aku, mungkin aku boleh tolong, kalau kau diam macam ni aku pun risau!”, kata Faisal yang resah melihat Almie sedemikian.

“Mak dengan bapak aku Faisal”, Almie bernada pilu.

“Kenapa?”

“Dah tak ada!”

“Ya, Allah. Almie sabar la. Aku minta maaf aku tak tahu”

“Tak apa aku tak kisah. Faisal, tolong aku kemas kan barang aku. Aku nak balik kampung sekarang juga”, kata Almie sambil menarik tangan rakannya kuat.

“Dah malam sangat ni Almie, kau boleh drive ke?. Aku risau la”, Faisal mengengam tangan Almie erat. Hatinya risau akan Almie untuk memamdu pada waktu malam. “Balik esok aja la Almie”, Faisal yag duduk dihadapan Almie, lantas memeluknya.





iNSAN fANTASI (3)

25 03 2008

Kan aku dah cakap yang hari ini aku akan jumpa Fantasi, tapi malamg sangat sebab aku betul-betul sibuk and tak ada masa nak jumpa die, sebab Fantasi datang kat tempat kerja aku sebab ada lawatan, so ingat boleh curi masa nak jumpa Fantasi, tapi tak dapat lah, sebab aku kena buat report persembahan.

Apa-apa pun ini salah aku, terkilan juga, tapi masa ada lagi, ok lah nanti kalau apa-apa aku bagi tahu korang semua.

Apa yang aku harapkan aku akan dapat jumpa Fantasi tak lama lagi.