Rabu Mei, 28

29 05 2008

Hari ini kira macam hari yang sibuk juga bagi aku, sebab pagi-pagi dah kira jumlah kutipan tiket bagi show randai, banyak yang silap kira, sebab F.O.H guna telefon. Dan lepastu ada Lawatan dari Singapura dengan Johor, kitorang bertungkus lumus buat cenderahati untuk mereka semua.

Dalam masa yang sama ada Press Conference Konsert Amal Alleycats. Artis yang hadir tentula David Arumugam, Jac, Hattan dan ramai lagi. Aku tak lepaskan peluang untuk jumpa Jac. Masa Lawatan Singapura semua dah berkumpul kat lobi. Jac pun datang, jadi aku lah yang kena iring dia pergi bilik Sri Nilam (Media), lepastuh dengan tergesa-gesa dia adalah peserta lawatan dari singapura ni nak ambil gambar dia, so, sebenarnya memang tak boleh sebab dia dah lambat sangat, tapi mungkin nak jaga hati peminat dia ambil jaga gambar bersama. Aku suka cara dia layan peminat.

me n jacLepas tu aku tunggu la press conference tuh tamat, aku pun pergi makan, aku ingat si Jac dah balik tapi tak balik lagi, aku nampak die keluar dari bilik sambil say “gud bye!”. Aku apa lagi kejar la die, jadi aku dapat la ambil gambar dengan dia…. Memang seronok.. aku suka dengan attitude dia jaga hati peminat. Nak tahu die ingat aku lagi sebab ini kali ke 2 aku jumpa dia.

Aku harap sangat semua artis boleh contohi dia.

Lepas tu aku duduk kat dalam panggung aku tengok full dress P.Ramlee. korang nak tahu aku jumpa siapa pulak kat dalam tu. aku jumpa Elly Iskandar, ala pengacara MHI tu la. Tapi tak la macam aku jumpa Jac. Aku jumpa dia macam biasa aja la…





Pesanan Dato’ Siti Nurhaliza

26 05 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Salam buat warga pekerja, warga belia, warga ibu, warga guru dan sesiapa yang menyambut hari Wesak baru-baru ini, nampaknya bulan Mei banyak hari-hari yang diraikan.

Seperti biasa Siti mendoakan agar semua yang dijalani akan dapat dilalui dengan baik. Siti juga berdoa agar hari-hari yang bererti buat setiap seorang daripada kita akan menjadi detik yang bermakna dalam hidup.

Hidup hanya sekali, itu yang memang kita tahu. Menghargainya setiap detik akan memberikan kita kelegaan kerana kita akan dapat mensyukuri apa yang telah kita miliki. Tidak kira siapa kita, apa status kita, di manakah asal kita, keturunan, bangsa , agama mahupun negara, kita harus tahu erti saling menghormati dan menghargai.

Siti kira terlalu banyak yang telah Siti lalui dan depani, ambil saja yang manis untuk jadikan kenangan terindah dan yang pahit jadikan pedoman untuk ditongkah. Tidak mudah menjadi seorang seperti Siti tetapi Siti bertanggungjawab atas apa yang telah Siti jalani sebagai insan malah Siti tidak mahu mengeluh dan melatah jika ada kata-kata tidak benar dilempar, ada umpatan dan kejian, ada rasa tidak puas hati pelbagai pihak, ada rasa kurang senang mahupun sesuatu yang sampai ke telinga pihak lain adalah sebaliknya daripada cerita atau kisah sebenarnya.

Siti tahu tanggungjawab Siti besar kerana Siti telah melalui hari Siti sebagai orang yang dikenali, pasti apa jua akan diperkatakan. Tapi dalam Siti cuba dan mencuba malah telah lama menerimanya dengan dada terbuka tapi Siti harus akui bahawa Siti juga manusia biasa. Sebagaimana orang lain punya hati dan rasa, punya pertimbangan, akhirnya harus diakui bahawa kita semua adalah sama. Bagaimana ada yang sanggup menyakiti sesama kita, menuding jari ke arah sini dan sana malah melontarkan kata-kata yang mungkin membuatkan ada yang terluka.
Apakah kita semua sudah hilang kepercayaan dan keharmonian? Sudah timbul andaian yang seolah2 menggambarkan diri Siti ini adalah sebaliknya daripada apa yang pernah dikenali?

Beradalah sekejap di tempat Siti, pasti anda tidak sanggup duduk lama. Tapi inilah yang Siti pegang selama ini, bertahan semampu mungkin. Cukuplah… jangan ada andaian lagi. Semua yang berlaku baik-baik belaka. Siti masih ada rasa dan harga diri. Masih ada maruah dan juga masih punya hati yang seperti dulu. Tidak berubah, tidak ada kesanggupan untuk melukai sesiapa malah tidak pula menonong mengikut telunjuk sesiapa.

Maaf catatan ini merangkumi semuanya. Cukuplah jika selama ini Siti harus berkias dan masih menghormati perasaan orang lain dan kini Siti masih berkias kerana itulah cara Siti.

Semoga masih ada kedamaian dan keceriaan.Doa Siti yang berpanjangan.

Salam mesra buat semua.

Siti Nurhaliza





Untuk Tatapan Mu, Kekasihku

20 05 2008

Walaupun kegembiraan lepas mampu menutup kesedihan hari ini, tapi percayalah kesedihan hari ini terasa yang mendalam dihati, aku sering alpa ketika meniti hari kegembiraan bersamamu.

Bukalah ruang ajar aku bisa melihat wajahmu, mendengar suaramu, merenung matamu, bagi aku melepaskan rindu yang mendalam dihati walaupun tidak mendampingimu, setelah sekian lama berpisah denganmu.

Izinkan aku berkhayal dirimu, agar diriku sentisa gembira seperti dulu walaupun dikau sudah melupakannya. Sering terlintas dihati adakah diri ini masih di ingatanmu. Ku berjalan sendiri di atas dunia fana ini untuk mencari cinta sejati, walaupun diri ini hancur olehmu.

Cerita yang aku karangi berhenti di pertengahan jalan lalu terbakar  di baham api panas yang membara. Kenapa?, hati ini sering tertanya, perpisahan ini yang kau minta.

Ingatlah hanya seperkara yang kau perlu tahu. “Relaku Menunggumu Seribu Tahun Lagi”





KOSMO (MARILYN CANTIK COLUMN)

14 05 2008

INI ada satu cerita yang mengecewakan Marilyn dan cerita ini berlaku kepada teman rapat Marilyn sendiri semuanya gara-gara teruja sangat nak menyaksikan sebuah pementasan teater baru-baru ini.

Teater yang dipentaskan di Istana Budaya (IB) itu sungguh menarik, tetapi apa yang tak menariknya ialah pengurusannya yang Marilyn rasa tidak profesional.

Apa tidaknya, teman Marilyn tu kali pertama menjejakkan kakinya di IB hadir hanya memakai kemeja-T tanpa kolar. Ini menyebabkan dia harus menyarungkan jaket yang dipinjamkan IB. Nak pinjam jaket kena pula meninggalkan kad pengenalannya di kaunter, lepas tu baru boleh tengok teater.

Okey, itu memang peraturan yang harus dipatuhi. Apa yang peliknya selepas teater itu habis hampir lewat malam, teman Marilyn pun mahu pulangkan semula jaket yang dipinjam tadi.

Apa yang mengejutkan seorang kakak pekerja IB mengatakan orang yang menjaga bahagian simpanan jaket dan yang mengambil kad pengenalan teman Marilyn itu sudah pulang ke rumah. Boleh?

Jadi teman Marilyn pun meminta bantuannya untuk mengambil kad pengenalan yang ditinggalkan tadi, kata teman Marilyn: “Kau tahu tak apa yang akak tu cakap?

“Ada ke patut dia kata, macam mana ni, ’akak pun tak tahu mana dia simpan kad pengenalan tu. Akak pun tak boleh lama ni, akak nak balik ni’.”

“Tak pernah Marilyn aku jumpa orang macam tu. Habis aku ni tak reti nak balik rumah ke? Dia ingat dia saja ke yang nak balik rumah? Lepas tu dia tanya macam mana nak buat sebab dia tak dapat nak hubungi orang yang menjaga bahagian jaket tu.

“Aku lagilah tak tahu, dah lah tu kali pertama aku jejak kaki di IB tiba-tiba jadi macam ni pula, hilang terus hasrat nak menyokong IB.

Nak dijadikan cerita, keesokan harinya baru teman Marilyn itu dapat kad pengenalannya semula, itu pun selepas berkali-kali mengingatkan pihak perhubungan awam IB.

“Aku tak marah tapi sakit hati. Apa hak IB untuk simpan kad pengenalan orang sampai macam itu sekali? Nasib baik aku tak buat laporan polis. Setahu aku tak ada sesiapa boleh simpan kad pengenalan orang lain tau, takkan hal itupun pengurusan di IB tak tahu? Tetapi aku puji pihak penghubungan awam IB terutamanya Kassim Lee yang bersungguh-sungguh tolong aku dapatkan kad pengenalan aku balik,” kata teman Marilyn lagi.

Memang pelik, memang hairan kenapa sampai jadi macam itu sekali. Mungkin itu perkara yang terpencil yang berlaku terhadap teman Marilyn. Cuba bayangkan jika perkara tersebut menimpa pelancong asing yang melawat negara kita. Dibuatnya ada apa-apa berlaku, pasport dia orang tak ada bersama tetapi dipegang oleh pihak IB. Siapa yang nak menjawab tu? Pihak IB tak boleh terus buat undang-undang sendiri macam itu.

Marilyn: Teater Randai Kasih Menanti arahan Ahmad Tamimi Siregar khabarnya menarik sangat. Jom, kita tonton ramai-ramai!.

SUMBER : KOSMO (MARILYN CANTIK COLUMN)





Setiap Berlaku Ada Hikmat Disebaliknya…

13 05 2008

“Setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya”, pada mulanya aku kurang yakin dengan ayat ini, sebab aku sendiri tak tahu, bagi aku semua yang berlaku sebab kita!. Tak ada maknanya ada perkara yang sebaliknya.

Tapi sekarang semuanya dah lain, aku amat percaya dengan perkataan ini. Memang betul setiap yang berlakuu ada hikmat disebaliknya. Tak kiralah apa yang berlaku ni semada buruk mahupun baik, tapi kita manusia sering menyatakan yang baik itu adalah hikmah. Tapi mungkin juga yang buruk itu hikmah, jika kita sering lupa diri kegembiraan. Bak kata orang kehidupan ini bak roda, jika gembira da juga hari kesedihannya, dan yang pasti jika kita sedih ada juga yang lebih sedih dan ada juga yang kegembiraan.

Sememangnya kita tidak boleh nak salahkan takdir apa yang berlaku, kerana semua itu tersurat yang kita boleh rasa dan itu sememangnya yang boleh saya katakan kan ianya semua yang pahit. Kenapa manusia amat merasa kepahitan, tapi kemanisan kita langsung tak ingat.

Hikmah yang kita hadapi semuanya yang indah dan yang manis, dan itu sememangya yang kita harapkan. Dan itu semuanya tersirat yang kita tak dapat rasa dan betulkah ini hikmat disebalik yag terjadi pada kita sebelum ini.

Dan apa yang aku harapan semua yang telah terjadi pada aku pada hari ini akan timbul hikmah yang indah, aku menanti saat itu, dan aku sendiri tak tahu hikmah yang macam mana aku terima, itulah yang dimaksudkan hikmat itu suatu tersirat yang kita tak tahu langsung mengenainya.





Teater Muzikal Randai Kasih Menanti

12 05 2008

Kepada semua kekawan, datanglah beramai-ramai untuk menyaksikan teater muzikal Randai Kasih Menanti di Istana Budaya sehingga 19 Mei ini…
tiket dari RM30.00 hingga RM150.00 sahaja…
Mengeni kisah seorang ibu tunggal yang terpaksa membuang anaknya oleh kerana keadaan sekeliling yang menyatakan anak itu akan membawa sial kepada kampung mereka dan akan menengelankan kampung mereka. Ibu kandung menghanyutkan anaknya di dalam perahu, kesedihan ibunya tidak terbendung melihat anak kecil yang comel begitu sahaja.
Mujurlah lautan yag bergelora mula reda, cuaca yang menganas mula tenang. Anaknya hanyut dibawa perahu ke kampung seberang, dan dibela orang ibu angkatnya. Sehingga besar belaian manja masih diberikan, jagaan bagai menatang minyak yang penuh,
Sebaik anaknya sudah besar, mengembara dan kapal yang dipandu hanyut ditelan ombak dan dihayutkan ke kampung asalnya. Disitu banyak dugaan yang ditempuh, ibu kandungnya dijumpa semula.
Adakah sianak akan menerima ibunya semula?, bagaimana perasaan ibu yang menunggu anak sekian lama kini muncul dihadapan mata?
Saksikan kisah suka dan duka yang penuh dengan emosi di pentas Istana Budaya sehinnga 19 Mei ini…….





Tega – Elly Mazlein

10 05 2008

Sebak rasa bila ku kenang
Yang terjadi amat memilukan
Haruskah ku cari keputusan
Atau pun terus bertahan

Laut mana tiada bergelora
Sedang pantai penanti setia
Tugu kasih telah pun terluka
Mengalir ke muara

1
(hm..hm)
Sering ku pertahankan cinta
Walaupun badai datang melanda
Namun tiada ku menduga
Hebatnya gelora

( korus )
Kau tega melakonkan
Menyayangi daku menyintai dia
Aku semakin keliru
Setelah ku pasrahkan kesetiaanku
Haruskah ku terus berlalu

( ulang 1 & korus )





Elly Mazlein – Bicara Kasih

10 05 2008
Elly Mazlein – Bicara Kasih

Haruskah ku meminta
Nokhtah hubungan cinta kita
Sedang masa berlalu
Pantas menelan waktu usia ku
Cinta yang kita bina bersama
Belum ada penghujungnya
Menghitung detik perjalanan mencengkan perasaan
Cinta dalam kedukaan

Bicara pada malam seakan mengerti apa ku rasakan
Dalam keliru masih lagi mencari jawapan
Bicara pada sepi seakan memujuk hati
Kau tahu ku amat menyintai tak mungkin cari pengganti

Apakah aku hanya sandaran mu
Kau datang dan pergi sesuka hati
Kau hilang kala ku memerlukan
Tinggal kesorangan
Setitik kasih yang engkau berikan
Tak mampu lagi untuk ku bertahan
Izinkan ku mengundur diri
Pergi bersama hati yang terluka





Soalan dariku untuk mu.

9 05 2008

1. Gelaran saya bagi awak?
______________________
2. Lagu yang sesuai untuk saya?
______________________
______________________
______________________
3. Apa yang awak ingat tentang saya?
______________________
______________________
______________________
4. Awak nak saya jadi apa untuk awak?
______________________
5. Nasihat untuk saya?
______________________
______________________
______________________
______________________
6. Benci / suka saya?
___________
Kenapa erk?
______________________
______________________
______________________
______________________





Pesanan Dato’ Siti Nurhaliza Taruddin

9 05 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Semoga hari-hari yang dilalui tetap ceria dan membahagiakan. Biarlah apa saja dugaan mendatang, kita tempuh dengan tabah hati kerana semua yang tersurat itu adalah ujian. InsyaAllah akan ada hari-hari indah yang menanti.

Pertama sekali, terima kasih atas segala mesej yang disampaikan. Tidak kira nasihat, teguran, salam, ucapan tahniah atau apa saja, Siti terima dengan hati yang terbuka. Sebagai manusia biasa, banyak yang telah Siti lalui dan insyaAllah apa yang baik itu akan Siti kejar dalam jalan Siti sendiri, dengan cara Siti sendiri, semoga segalanya akan bertambah baik dari semasa ke semasa.

Terima kasih kepada semua peminat yang mengundi Siti sewaktu Anugerah Planet Muzik baru-baru ini dan membolehkan anugerah Penyanyi Wanita Popular Siti kongsi bersama anda. Sokongan dan kesetiaan anda begitu membuatkan Siti terharu dan terima kasih sekali lagi.

Alhamdulillah, dalam cabaran dan rintangan, 2008 juga mencatatkan yang manis-manis juga buat Siti dan peminat. InsyaAllah apa yang terlakar ini akan menjadi kekuatan untuk Siti terus berusaha.

Dalam pada masa itu Siti lebih selesa tampil imej berselendang dahulu..biarlah ikhlas,

Sebagai seorang selebriti, Siti akui tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak. Namun Siti juga tidak mahu bersikap hipokrit. Justeru, biarlah perubahan yang dilakukan itu berlangsung secara perlahan-lahan tanpa memerlukan sebarang paksaan.

“Apa yang boleh Siti katakan, Siti lebih selesa dengan penampilan seperti ini (berselendang). Dalam hal ini, orang boleh kata apa saja tetapi yang melaluinya adalah Siti. Dulu Siti pernah juga berkata pada diri sendiri, lepas Siti pergi Makkah, Siti nak pakai tudung, berhenti menyanyi dan duduk rumah.

“Tapi apabila kita melalui situasi itu, ia sebenarnya tak semudah yang disangka. Iyalah, Siti ini seorang penyanyi. Lagu nyanyian Siti ada yang berentak rancak dan memerlukan Siti menari. Keadaan ini ada kalanya meletakkan diri dalam keadaan sukar.

“Jadi, kalau boleh Siti tidak mahu memikirkan sangat perkara ini kerana tidak mahu ia menjadi bebanan buat Siti. Apa pun, semua itu terletak pada hati dan Siti akan lakukan apa yang Siti rasakan selesa.

Terima Kasih kepada semua peminat (kawan-kawan),yang sentiasa menyokong Siti sehingga sekarang,walaupun banyak musibah dan dugaan yang Siti lalui,namun semuanya Siti dapat melawan dengan kepercayaan,ketabahan,dan kesungguhan Siti.

Apa yang hendak Siti katakan,Siti ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara,janganlah ada yang membuat andaian yang tidak elok,insyallah Siti akan memperbaiki diri Siti dari masa akan datang dengan secara perlahan-lahan..dalam masa yang sama Siti nak kehadapan,Siti juga perlu memandang kebelakang untuk melihat asal usul Siti sebelum ini,barulah Siti rasa tenang dalam setiap apa yang Siti lakukan.

Harapan Siti memang mahukan yang terbaik tapi Siti harap anda juga bersabar seperti Siti,dan mendoakan Siti yang terbaik di masa akan datang.

Sekian,
Salam Sayang daripada,
SITI NURHALIZA





Khamis yang lepas…..

2 05 2008

Ala bukan apa pun. Ni cerita aku dengan kawan aku,Fify. Aku mula siap-siap pukul 12.30 sampai la pukul 1.00, pastu aku call Fify, nak tahu die tengah wat apa?, TIDO!. Geram btol aku, aku dah baik punya siap-siap die bleh tido lagi. pastu kitorang janji sampai kat Bukit Bintang pukul 2.00.

Aku yang memang hidup tepati masa, aku sampai Bukit Bintang tepat pukul 2. Aku turun-turun monorail aku call dia lagi, pastu bleh die cakap die tengah tunggu bas. Pastu aku cakap la aku tunggu die kat Mc’D tuh, aku beli la fillet’o'fish.

Sambil aku makan-makan aku tengok kat luar sambil memerhatikan orang. Lepas tu aku ternampak seorang

lelaki perpegang tangan dengan seorang perempuan sambil menuju ke arah Mc’D. Lelaki berikut duduk depan meja aku, then yang perempuan tu pergi la beli kan, pastu lelaki tersebut call seseorang, aku pun malas nak dengar apa yang dia borakan, tapi aku terdengar ayat hujung “ok la sayang, luv u, miss u”, hai manusia teruk btol kan tak cukup dengan sorang.huh!

Kat Time Square

Tepat pukul 2.45 Fify pun sampai dengan baju pink die tu!, pasti kitorang gelak satu Mc’D huhu. teringat masa makan kat Pizza Hut kitorang gelak sampai dapur dengar,kihkih…  Lepas penat kat Mc’D kitorang pergi Pavilion pulak, tapi nak tahu apa jd? kitorang patah balik sebab penat aja jejalan kat situ sebab kedai-kedai mak ai mahal -mahal semua, macam tak layak aja nak jalan kat Pavilion tu. kihkihkih.

Lepastu kitorang pergi Lot10 makan kat food court tapi tak makan pun kitorang pergi minum aja.huhuhuh.lepas tu belakang kitorang ada mat saleh ni, ensem sangat, tapi biasa aja la.

Tak ada apa yang menarik pun. tapi ada satu lagi yang aku nak cerita. Malam tuh kitorang pergi makan kat KFC, beratur kat depan tu ada pak arab, bayak songeh, kitorang pun biasa aja la, ingat cashier tu dah angin, yang aku guna coupon rm10 pastu cashier tu nama die Yamunah die cakap tak bleh guna, aku cakap kenapa tak beh guna, dia bleh nak bergurau dengan aku, sial aja Yamunah tuh……kihkihkih