Teater Muzikal Randai Kasih Menanti

12 05 2008

Kepada semua kekawan, datanglah beramai-ramai untuk menyaksikan teater muzikal Randai Kasih Menanti di Istana Budaya sehingga 19 Mei ini…
tiket dari RM30.00 hingga RM150.00 sahaja…
Mengeni kisah seorang ibu tunggal yang terpaksa membuang anaknya oleh kerana keadaan sekeliling yang menyatakan anak itu akan membawa sial kepada kampung mereka dan akan menengelankan kampung mereka. Ibu kandung menghanyutkan anaknya di dalam perahu, kesedihan ibunya tidak terbendung melihat anak kecil yang comel begitu sahaja.
Mujurlah lautan yag bergelora mula reda, cuaca yang menganas mula tenang. Anaknya hanyut dibawa perahu ke kampung seberang, dan dibela orang ibu angkatnya. Sehingga besar belaian manja masih diberikan, jagaan bagai menatang minyak yang penuh,
Sebaik anaknya sudah besar, mengembara dan kapal yang dipandu hanyut ditelan ombak dan dihayutkan ke kampung asalnya. Disitu banyak dugaan yang ditempuh, ibu kandungnya dijumpa semula.
Adakah sianak akan menerima ibunya semula?, bagaimana perasaan ibu yang menunggu anak sekian lama kini muncul dihadapan mata?
Saksikan kisah suka dan duka yang penuh dengan emosi di pentas Istana Budaya sehinnga 19 Mei ini…….


Actions

Information

3 responses

13 05 2008
deniar

Sepertinya bagus ceritanya.

13 05 2008
crazyloveman

iya…ceritanya bagus bangat….
saya hingga mengalir air mata,walaupun 3 kali tonton…

15 05 2008
crazyloveman

gambar randai yang diberikan oleh Sani Rahman…
http://www.flickr.com/photos/fotosyndicate/sets/72157605065340052/

Leave a comment