28 Jun.

29 06 2008

Ding!!!!!, bunyi jam lonceng aku , perit telinga aku…. Dan hampir aku terlupa yang hari ini aku nak keluar dengan kawan-kawan aku Dikwan n Fifie, tapiii dikwan bawak kawan die lagi. kira ok la meriah sikit suasana nanti kan…

Dan yang penting aku dah lambat ni, bergegas aku bersiap sampai aku dah siap pakai baju tapi tak sesuai plak, so aku tukar baju lain, senang aku pakai sweater aja…huhuhuhu.dan aku keluar terus rumah, apa lagi aku bawa motor laju-laju la, then aku sampai KL Sentral aku tak tahu nak parking mana, jd aku parking aja kat bawah KL Sentral tuh…..Aku sampai aja, aku msg Dikwan, tgk2 die tak sampai lagi!!!!. Geram tuh ada gak la, sbb aku ingat aku yang lambat rupanya2 dorang lagi lambat, sebab bagi aku masa tuh peting sangat, dan idup dianggap peting dengan adanya masa.

baik saja dikwan sampai, aku dengan die terus tuju Times Square…. Mula2 kita cari makan dulu, so naik tingkat 10 makan kat food court atas tuh…..kitorang makan ala2 thai aja, sebab beli pun kat thai corner….pastu lepas aja makan kitorang g la shopping kat times square tuh…….dalam pukul 12 cam tuh fifie pun sampai…..kitorang jejalan lagi, tapi serius kaki memang penat gler….tapi kitorang teruskan jugak sebab nak shopping..huhuhu…tepat jam 2 kitorang semua balik KL Sentral balik sebab dikwan dengan kawan die nak balik awal, so tinggal la aku ngan fifie, kitorang makan KFC kat KL Sentral tuh…tapi dalam kul 3 cam tuh aku dah janji nak jumpa Khairul kat Panggung Bandaraya…..

Dari kul 2 aku bg msg kat Khairul samada nak tempah apa2 tak sebab nak datang tempat die dah ni, tapi tak balas pun, aku geram ngan Khairul ni sebab ni la, kekadang msg langsung tak balas,,,geram betol aku. Sampai aja kat sana sibuk complain lapar la apa la….huhuhuu…aku jumpa die sebab nak bagi die tegk video yang aku dah wat tuh,….hiks~ video tuh memang cantik

pastu aku transfer gambar aku ngan die masa kita amik gambar berdua..hiks….banyak gak la aku curi gambar die….kahkahkahkah…..

lepas tuh dalam kul 4 aku g KLCC shopping lagi, sambil tuh jumpa kawan lama aku……memang best, sebab rindu sangat dengan die…..

lepas aja tuh aku terus g keje kat IB…..penat sangat hari aku hari ni,,,,, Ada show Alleycats….Sahow ni aku akan post yang lain…korang semua tgk la k…..





June, 26 – 0256

26 06 2008

dingdingdangdangding,dingdingdangdangding, dingdangdingdang, dingdingdangdangding (tone Atilia in P.Ramlee The Musical.

Segala yang aku luahkan sekarang ni maybe orang kata tak perlu cakap pun tak apa, sebab ada juga orang yang beranggapan hati n perasaan ni terlalu personal…. Tapiiii bagi aku, aku kena luahkan jugak, sebab kalau kita simpan lagi terukan, itu perinsip aku la… terpulang gak pada individukannnnn….

dan pada 26 june pada jam 2.58 pagi ini, aku sendiri tak dapat nak jawap apa yang hati n perasaan aku tanya… salahke aku dicintai…dan layak kew???? hah! semua tuh tak pentinggg… janji aku bahagia dengan hidup macam ni…. tapi kenapa perlu ada perasaan “cemburu”. kenapa kekadang aku rasa cemburu?? oh my god!!! takan kot……?????…… memang kekadang aku rasa cam nak buang aja perasaan cemburu ni, sebab…..hurm ntah la…aku pun tak tahu kenapa???

sampai bile aku harus pendam perasaan ni???….. kadang-kadang aku lebih bahagia macam ni, walaupun aku pasti semua angan aku tak akan jadi kenyataan…”never, never n never!!!!”, tapi tak salahkan kalau aku angankan seorang diri, biarlah apa orang nak cakap janji aku bahagia dengan cara macam ni………

ok la, nanti sambung balik k…… Daaaaa~~~~~





Renunganmu…

23 06 2008

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya janganlah menganggap ia begitu teguh, cukuplah sekadar keperluanmu, Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula, akhirnya ia dibuang, sedangkan jika kamu cuba membaikinya, mungkin ia masih boleh digunakan lagi. Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya, Janganlah kamu terlalu mengaguminya, janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa, anggaplah dia manusia biasa, Apabila sekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagimu untuk menerimanya, akhirnya kamu kecewa meninggalkannya, Sedangkan jika kamu memaafkannya, tiada hati yang akan terluka.

Jika kamu memancing ikan, setelah ia terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambilnye terus, janganlah sesekali kamu lepaskannye semula ke dalam air begitu sahaja, kerana ia akan sakit, oleh bisa mata kailmu, mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup. Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang, setelah ia mula menyayangimu, hendaklah kamu menjaga hatinya, janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja, kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu, mungkin die tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.





Shila OIAM – Memori Tercipta Lirik

23 06 2008

Bergetar jiwa dipersada bercahaya
Pertemuan harapan pertama kalinya
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Sukar dipercaya pintunya terbuka


Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Mengalun suara sesuri bisikan hati
Seiringan mencari haluan berseni
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Tiada pon terduga pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa

Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya
[Memori Tercipta lirik on http://lyricsmusicvideo.blogspot.com ]

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama (3x)
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Klik pada link lagu dibawah untuk muat turun lagu percuma..
Shila – Memori Tercipta mp3





Kerana Cintaku…

19 06 2008

Cerita yang ingin ku ceritakan sebuah cerita cinta, cinta yang lahir entah dari mana dan bagaimana ianya wujud. Sehingga akhirnya diri terasa tersisih, mengenang perasaan sehingga begitu sedih sehingga air mata deras mengalir.

Itulah kisah yang ingin ku dendangkan, tentang keperitan demi mempertahankan sebuah kesetiaan yang dipertahankan sepanjang zaman, namun demi cinta segala rela dikorbankan, Kerana cintaku padanya aku persembahkan… Sejak hari itu cinta mengenang janji demi membahagiakan cinta hatinya hingga akhir nyawa, selama-lamanya.





Manisnya D’ Istana Budaya

19 06 2008

Pada 14 Jan 2008 pertama kali aku menjejak kaki di Istana Budaya sebagai staff di Istana Budaya (IB). Orang petama aku jumpa Akak Juyah sebagai operator kat IB tuh, pastu Kak Ju suruh aku pegi jumpak pakguard kat bawah untuk jumpa Puan Hanidah. Aku pun masuk bilik Puan Hanidah lepas tuh ada juga budak praktikal kat dalam bilik die tuh tapi dengan kakak dia yang sememangnya staff IB. Lepas saja aku borak ngan Puan Hanidah aku diminta tunggu diluar, dalam masa aku tunggu ada pula seorang perempuan nak praktikal kat situ juga. Tak sangka aku ditempatkan di Cawangan Pemasaran dan yang lain semua dipecahkan, aku bersama Zurini (juju).

Aku pun taknak la cerita dari mula, tapi yang aku tak boleh lupa time pertama kali aku nak balik dari IB. Kelakar sangat orang pertama aku jumpa kat pondok bas tuh iailah Khairul staff Tiket2u. Yang malunyer aku tak adew duit pecah then aku terpaksa pecah duit ngan die, nasib baik ada, yang paling aku tak boleh lupe die tanya aku penah tengok teater kat IB tak, so aku jawap jujur yang aku tak penah tengok, nak tahu Khairul balas apa, “Tak pernah tengok teater kat IB, tapi nak praktikal kat IB, boleh?”, ayat memang sentap…huhuhuhu, tapi tak rasa apa pun. Sejak tu kalau korang semua nak tahu aku cuba rapat dengan die. Itu la perkara yang aku betul-betul tak boleh nak lupa.

Aku suke keje bawah unit pengurusan panggung sebab staff yang boleh aku kata otak semua cam gilew babi. Termasuk la aku, dan bagi aku dorang semua layang aku macam biasa, tak ada jurang pun. memang tak dapat nak nafikan memang seronok walaupun ada juga pahitnya aku kat situ, ala kena marah?, biasa la dalam hidupkan, bagi aku kalau aku laluinya aku rasa bersyukur sangat sebab aku dapat bayak pengalaman dan memnbuatkan aku makin tabah dan kuat. nak cakap pasal keje tak payah la, memang IB ni sentiasa sibuk kalau ada show, kekang balik sampai kul 12 – 1 pagi, ini semua time P.Ramlee the Musical, sebab aku rasa nikmat manisnya di IB ni [un sejak dah nak abis ni, kekadang nak menangis nak tinggalkan IB sebab semua staff dah baik ngan aku, kadang tuh macam nak berenti blaja n keje kat IB, tapi belajarkan, aku kena teruskan jugak.

Lagi satu best keje kat IB ni boleh banyak jumpa artis, dan aku sendiri dah ramai jumpa secara sengaja mahupun tak sengaja. huhuhuhu, (ayat tak bleh bla). Dan yang aku banyak kali jumpa biasa la Jaclyn Victor sampai die pun dah kenal aku, dan menang itu yang aku idamkan. Hiks~. Macam orang biasa gak kalau jumoa artis dah macam biasa, tak macam dulu, sebab aku tengok dorang ni semua sama gak macam kita yang nampak lainnyer dorang ni muka cantik n familiar kan….hiks~

Kekadang aku tulis bayak cam ni bayak merepek aja, baik aku berenti kat sini jer. Ok la cau cin cau…….





P.Ramlee The Musical

12 06 2008

P. Ramlee The MusicalP. Ramlee The Musical hampir ke akhir persembahannya. Bermula persembahan di Singapura hingga ke Kuala Lumpur dari 28 Mei hingga 14 Jun.  Barisan pelakon yang mamtap iaitu pendatang baru dalam bidang teater iaitu Musly Ramlee sebagai P. Ramlee dan Emelda sebagai Azizah sehinggala pelakon teater yang hebat iaitu Liza Hanim sebagai Saloma, Atilia sebagai Junaidah dan yang paling mendapat sambutan Melissa Saila sebagi Norizan.

Menampilkan pengarah yang sememangnya tidak dinafikan kehebatannya Adlin Aman Ramli dibantu Dato’ Zahim Albakri dan nama yang gah dalam bidang muzik selaku pengarah muzik, Roslan Aziz. Dan kumpulan produksi iaitu Tiara Jacquelina.

Dan sekarang aku nak cerita serba sedikit tentang cerita ini.

Sebuah teatet tempatan yang paling mendapat tempat dihati peminat teater tempatan mahupun antarabangsa. Kalau nak cerita memang panjang nak pujipun dah tak larat mulut. Dan yang paling tak dapat nak nafikan lakonan mantap Melissa Saila serta Liza Hanim yang paling mendapat tepukan gemuruh.

Permulaan cerita cinta antara P.Ramlee dan Azizah di Pulau Pinang lakonan Emelda walaupun pendatang baru dalam bidang teater memang tidak nampak kekoknya diatas pentas.  Walaupun Nyanyiannya yang ajak lari tetapi lakonannya yang cukup mantap tidak menampakan kecacatan dalam nyanyianya.

Dan seterusnya scene P.Ramlee bersama rakannya Sukardi dalam perjalanan ke Singapura. Ini juga satu scene yang ajak menarik kerana produksinya membawa keretapi masuk ke dalam panggung juga mendapat tepukan yang gemuruh, tarian Musly Ramlee yang agak cantik dan tidak nampak kekoknya.

Perjalanan cintanya bersama Azizah dan juga Norizan satu babak yang amat menarik. Selepas itu belakunya pergolakan perkhawinan antara kedua-dua isterinya. Dan tibalah Saloma dalam hidup yang membahagiakan P.Ramlee hingga ke akhirnya. Satu babak yang amat menarik antara Liza Hanim dan juga Musly Ramlee sewaktu menyanyikan lagu Gelora.

Tetapi ada juga kelemahan, antaranya babak pertama yang agak bosan kerana tiada unsur-unsur yang boleh meminatkan hati penonton, dan dua kali berlaku kerosakan serta kesulitan set sepertia pentas tak berfungsi. Cara Musly yang cuba meniru cara P. Ramlee 100% yang mungkin menjengkelkan hati penonton. Cara Musly haruslah bersahaja dan tidak perlu meniru cara pergerakan P.Ramlee 100% dan ada juga cara yang tidak kena dengan caranya itu.

 





Dina – Sejauh Ini

6 06 2008


Mengapa aku merasakan
Dalam senyum terbawa pedih semalam
Kuperlukan teman yang selalu di sisi
Menghilangkan duka lara

(Chorus)
Dan aku mula temui siapa aku
Selama ini keresahan
Izinkan aku di sini mendampingimu

Hanya bersamamu
Jiwa ini seikhlasnya bahagia

Sejauh ini kisah kita
Permata di jiwa hanya kau kasih
Seakan kau menerangai duniaku
Aku genggam azimat mu

(Ulang Korus)

Kau nyalakan kerinduan ini
Memberiku kekuatan
Kaulah satu-satunya bagiku
Percayalah

Dan aku mula temui siapa aku
Selama ini keresahan
Izinkan aku di sini mendampingimu
Aku tak mungkin lagi terkurung dalam lara

Semangat cintamu membara
Dalam jiwa

(Ulang chorus)

Klik pada link lagu dibawah untuk muat turun lagu percuma..
Dina – Sejauh Ini mp3