
Bukan la satu percutian sebenarnya, tapi kira macam percutian la jugak kan…. Macam ni ceritanya aku hanya temankan kawan-kawan aku jew ke homestay ni untuk final project mereka. memang seronok sebab ini lah 1st time aku ke homestay.Percaya atau tak taggapan aku mengenai homestay memang salah 100%. Memang satu pengalaman yang paling menarik, dengan aktiviti yang ditawarkan. Tak tahulah kalau aku sendiri yang menrasai semua aktiviti ini, sebab arini hanya satau pengenalan sahaja. Kalau aku jadi peserta homestay…Wow! Seronoknya….
1st sekali kami kerumah pengasas homestay ni. pastu lepas penat interview kami dibawa ke centre homestay ni, kira macam HQ la jugak.Kami dibawa berjalan sekitarnya, tapi hanya semoat 2 sahaja iaitu kolan ikan dan kolan kura-kura. Ini yang aku nak sangat kongsi dengan korang semua iaitu kolan ternakan kura-kura, tak sangka dah 21 tahun aku hidup inilah 1st time aku jumpa dengan telur kura-kura, memang 100% berbeza dengan telur penyu. huhuhuhu

Selepas itu satu lagi tempat yang paling aku tak sabar untuk melawatnya iaitu SAWAH PADI…. huhuhu. iyerdah duduk shah alam mana ada sawah padi, adapun kat taman botanikal shah alam jew. tapi yang ni original punya tau. Memang teruja sebab orang kat situ siap boleh petikan dan berikan pada kami lagi padi, terus terang aku cakap inilah 1st time aku pegang padi. Banyak sangat 1st time ni…..
Suasana etang yang memang menarik, ditambah bula musim menuai lagi, so bolehlah tgk jentera yang besar tu menuai padi. satu pengalaman aku yang bleh dibanggakan. Bayangkan kawan aku yang duduk area situpun tak pernah ke sawah padi. Kira ok la kan aku dapat gi sawah padi kan.
Ok akhir kata inilah pengalaman aku pertama kalii aku ke homestay. Memang seronok. Aku sarankan sesiapa yang hendak melancong apa kata kita melancong kan dalam negara aja. Sebab bayak benda lagi yang kat dalam negara ini kita tak lawati, jadi apa salah jika kita menghabiskan masa di negara sendiri sementara tu boleh memulihkan ekonomi juga.



Visitor's Comments