Tak Ada Kerja (Kehidupan Ini)

19 04 2009

Benar kata pujangga, “Hidup in bagaikan roda”, kala kita di bawah, kala kita diatas. Ada saat kita gembira ada saat kita menangis, kebiasaannya gembira dibalas menangis baru la stabil hidup ini. Bak kata orang tua2 kalau gembira sangat maknanya nak menangis la tuh. Semua bergantung kepada individu itu sendiri untuk mengatur kehidupannya. Banyak cubaan yang harus ditempuhi, terpulang pada Yang Maha Esa samada tahap cubaan itu sesukar mana. Dan kita sebagai manusia haruslah terima dengan hati yang terbuka dan percaya Dia Maha Penyayang.

Orang yang kita lihat senyumannya terukir rapi dibibir tak semestinya hatinya diukir senyuman juga. Penyembunyian yang cukup menderita. Luka dihati memang tiada ubatnya kecuali dengan berdoa dan mengadap Yang Maha Esa.

Secara peribadi apabila hati ini dilanda kesedihan atau kesukaran, untuk mengubati selain dari mengadap keatas-Nya, suka sangat lihat persembahan Penyanyi nombor negara Dato’ Siti Nurhaliza dengan melihat senyuman yang terukir rapi. Itu cukup melegakan.





Masquarade Party 060409

10 04 2009

p82700051Masquarade Party, Jabatan Hospitaliti dan Pelancongan, Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam, Organize by Diploma Pengurusan Pelancongan Semester 3 Jan’09.Masquarade party bagi pengeranz adalah satu party yang kita harus rahsiakan identiti kita, jadi pengeranz prepare pun last minit untuk parti ini. Sampai ke telok intan pengeranz cari mask, tapi….hurm apa pun tak ada. Akhirnya pengeranz beli aja kat sg. besar 2 hari sebelum party. Memang kerja last minit. Tapi akhirnya pengeranz dapat topeng lelaki yang ala-ala diva???? bleh?

 

Pengeranz dengan Riduan (Kesaksianku)

Pengeranz dengan Riduan (Kesaksianku)

 

Happy Birthday to Me!!!! Party itu jatuh tepat pada tarikh lahir pengeranz. Jadi disini pengeranz ingin mengucapkan Happy Birthday pada Pengeranz yang ke……. hehehehe baru 21 Tahun la. No Suprise No Celebrate

Tepat jam 9.00pm pengeranz dengan kawan-kawan pengeranz pun bertolak dari bilik. Apa yang jadi kat tempat party sorang pun tak ada lagi, jadi pengeranz dengan rakan-rakan duduk2 la kat kaki lima bagaikan pengemis meminta sedekah, Wah gitu!.

 

Guess Who???

Guess Who???

Selepas 15 minit baru la ada yang sampai, yang macam tak puas hatinya kata majlis start pukul 8.30pm. Baru la pengeranz jumpa kawan-kawan yang lain, Pengeranz pun daftarkan diri. Satu lagi masalah nama Pengeranz Umar TAK ADA!!!!! Apa lagi pengeranz tunjuk la resit pembayaran, ha….baru dorang tahu!. huh~ Nasib baik tak buang resit tuh!

 

Apa lagi sebelum masuk Picture Time!!! Dah jumpa kaum kerabat bergambar aja lah keje nyer kan…Panas punya pasal pengeranz buka la topeng!. Komen pengeranz tempat tak sesuai, kera tempatnya adalah di kawasan kolam renang, jadi tempat memang sempit dan tiada ruang untuk bergerak. Di tambah pula dengan kepanasan yang melaupau WALAUPUN waktu malam. Nak hujan kot!  Nak tahu pengeranz jumpa DATO’ SITI NURHALIZA celup!!!!!!

p8270010

DATO' SITI NURHALIZA

Sama tak dengan DATO’ SITI NURHALIZA (celup)….Majlis bermula. Dengan nyanyian band. memang best, suara yang sweet dan mantap. Boleh pergi jauh ni… dan seterusnya MAKAN time. Ada spegheti, mee hoon, BBQ, salad, cocktail,dan berbagai buah-buahan. Makan memang 1st class sedap-sedap, tukang masaknya dari pelajar DHK3 sendiri. superb la…….

dan majlis cabutan bertuah, tapi macam biasa pengeranz TETAP tak berbuah WALAUPUN hari tuh birthday pengeranz, Sedey tau…. huhuhuhu… jangan sedey-sedey gembira ckit!!!!

Majlis pun tamat. Nak tahu apa yang jadi, classmate pengeranz nyanyikan lagu birthday……Thank wat yang mengetuai Azwa, Selina, Nana n Farahin. Dan yang lelain Riduan (Kesaksianku), dan semua….. Maaf kalau tak sebut semua!!!!!

Ok sekarang Komen time!!!!!!! Ok 1st yang tak sesuainyer tempat la….Panas sampai semua buka topeng ni… huhuhu bukan masquarade dah namanyer….huhuhuhu. dan satu lagi aktiviti untuk yang diraikan memang tak ada…kami datang semata datang untuk tgk band nyanyi…. apa pun band memang superb!!!!!!!!

GOOD JOB!!!!!!

 

Teruna And Dara-Dara!!!!!

Teruna And Dara-Dara!!!!!





Ada Apa Dengan Hormat & Masa

10 04 2009

 

 

Clock

Clock

 

Menghormati sesame insane adaah wakib bagi semua manusia, tak kira lah, manusia, binatang mahupun tumbuhan, semua perlu hormat menghormati. Kalau ada yang mempertikaikan binatang dan tumbuhan itu maknanya dial ah binatang. Kerana binatang tidak mempunyai akal fikiran sama seperti manusia.

Hormat ni macam-macam tafsirannya, ianya terlalu subjektif, pangkalnya hati sahaja bagaimana untuk mentafsirnya. Kenapa hormat ini penting?, kerana kita kan hidup bermasyarakat, jadi memang penting la, kalau kita tak tahu hormat menghormati lebih baik kita ditempatkan di hutan aja, hidup sorang-sorang.

Hormat ini merupakan hormat sesame manusia. Kalau kita berborak di hadapan khalayak kita kenalah fikirkan sensitivity masyarakat sekeliling kita. Jaganlah bak kata orang bagaikan membuka pekong didada. Takot-takot orang pandang serong pada kita, mana la tahu orang tuh tak selesa dengan apa yang kita borak kan. Sebab kita ni hidup bermasyrakat.

Yang ini hormat pendirian dan cadangan orang lain. Sebab macam biasa hidup bermasyarakat, jagan la pentingkan diri sendiri aja. Fikir juga perasaan orang lain. Takan kita nak tunjuk kepala kita aja, tanpa memikirkan perasaan dan hati orang lain. Bak kata orang sabar seseorang itu ada hadnya, jadi kita la kena jaga hadnya, jangan sampai meletop sudah la. Penantian itu satu penyeksaan. Ingat tuh. Kalau sekali dua kira ok la lagi kan. Dah tiap-tiap kali siapa yang tahan. Jadi janganlah ikut otak sendiri aja, ingat orang lain juga. Kita kalau hendak Berjaya kena pentingkan MASA, bak kata nenek aku masa tu bukan setakat emas, malah ianya sebilah pedang emas!.

Jadi tepuk dada Tanya selera!





Masquerade Party (Fast Updated)

7 04 2009

 

Masquerade Party

Masquerade Party

 

Pengeranz baru balik dari Masquerade Party yang dianjurkan oleh junior-junior Pengeranz. Memang happening giler. Apa pun bagi Pengeranz berehat dulu. Cerita pasal Masqueade Party ni next post ok…

p/s : Lebih indah dari pic ini ok…….





Ada Apa Dengan Pendidik

5 04 2009

Ada satu cerita seorang budak lelaki sedang mengambil Wudhu. Budak lelaki itu mengambil Wudhunya sebanyak 2 kali. Dan seorang ustaz bertanyakan soalan, “Kenapa anak mengambil Wudhu dua kali?”. Dan jawap budak lelaki itu “Jika Wudhu saya terbatal, saya masih ada lagi Wudhu kedua saya”, Uztaz itu pun pening.
Moral of the story, apa yang kita akan buat jika kita menjadi ustaz itu. Adakah kita memarahinya atau menasihatinya. Itulah fungsi seorang pendidik, harus pandai mendidik tanpa mengecilkan hati sesiapa.
Jadi, jadilah pendidik yang sebenar.





Ada Apa Dengan Tanggung Jawab

2 04 2009

 

Graduation Cap

Graduation Cap

Sememangnya berlaku bagaikan sekelip mata. Sedar tak sedar aku dah masuk ke semester ter akhir. Disinilah aku harus menentukan hala tuju yang harus aku lalui selepas ini, samada masih sambung belajar dengan jurusan yang sama mahupun bekerja? Jauh disudut hati aku masih tak mampu memikul tanggung jawab untuk bekerja. Tanggung jawab bagi aku amat tinggi.

 

Tawaran kerja aku dah terima sebagai pegawai pemasaran disalah sebuah syrikat talent agency milik syarikat kawan aku. Bayangkan aku akan kerja dalam bidang pemasaran sedangkan aku dalam bidang pelancongan. Boleh ke aku pikul tanggung jawab itu? Sebab itu aku masih lagi tak mampu memikul tanggung jawab itu.

 Jika sambung belajar tanggung jawab dari sudut yang berbeda. Tanggung jawab untuk terus Berjaya dimata ibu dan bapaku yang sentiasa mengharapkan kejayaan aku kelak.