Bertamu Di Kalbu – Jaclyn Victor

17 07 2009

Lirik Bertamu di Kalbu – Jaclyn Victor

Ku genggam semilir malam
Tika rembulan menyinari
Lalu ku menadahkan
Kata cinta nan suci
Dan akan ku hembuskannya
Tika malam syahdu

Kerana dalamnya
Kasih sedalam lautan
Setinggi mentari
Tak mampu digapai
Oleh khayalan insani
Cuma dinaluri

Katakan bara melecur diri
Bisa memercik jalan nan luka
Dengan selasih balut pedih ngeri
Tiada berpaling setia

Adalah sejarah jadi saksi
Bulan bintang menghangat kasih suci
Kita pun terpaut dan bersatu
Dalam bebayang mimpi berseri

Ku layarkan asmara
Di pelabuhan setia
Akan ku rentangkan
Sang pelangi suci
Yang pastinya anggun di hati
Bertamu di kalbu

Sebuah single dari Jac yang bagi Pengiranz memang memukau di telinga ini, puas mencari lagu ni, 1st time dengar lagu ni kat Sinar FM, ingat lagu lama dinyanyikan semula, puas mencari kat internet. Dan pada 29Jun2009, Pengiranz dapat juga lagu ni tajuk Bertamu Dikalbu, memang tak dapat dinafikan memang sukar untuk memahami apa yang Jac nyanyikan, tapi malam ni Pengiranz cuba juga mendengar melalui earphone, dan akhirnya inilah hasilnya, kalau salah maafkanla ya……

Jac memang seorang artis yang berjiwa peminat, die masih ingat Pengiranz walaupun dah lama tak jumpa…Thanks Jac! I LOVE U…Tak rugi kalau jumpa Jac ni, kalau ada rezeki kita jumpa lagi yer JAC….. :D


Actions

Information

One response

3 08 2009
Pengeranz Umar

dah semak dengan JACDIEHARDFAN…Bahawasanya lirik ini 100% betul.
cuma lupa nak letak Penulisnya aja.

Lyrics/Song : Anjang Jinbara

Leave a comment