Teater Sirah Junjungan


Ok, malam ni ada preview untuk teater Sirah Junjungan yang akan dipentaskan di Istana Budaya pada 19 – 23 MAC 2008.

Nak ikut cerita teater ni memang bayak kontroversi yang tak sedap didengar, kerana teater ni mengisahkan Rasullulah s.a.w. Kerana kalau kita nak ikutkan memang bayak watak-watak yang tak dapat ditayangkan, atau digambarkan termasuklah Isteri baginda Siti Khadijah, tetapi ianya dilakonkan oleh Norish Karman.

Memang tak sabar nak tengok preview malam ni, bagaimana kelainan yang ingin ditonjolkan oleh Erma Fatimah sebagai pengarah teater ini.

Anak kelahiran Kuala Lumpur ini turut menyatakan kekesalannya apabila beberapa badan korporat enggan menaja teater muzikal yang mengangkat kisah Nabi Muhammad s.a.w. itu.

Saya terkilan jugalah kerana teater muzikal seperti ini dipandang sepi oleh pihak-pihak tertentu sedangkan apa yang kita lakukan ini adalah untuk berdakwah selain memberikan ilmu pengetahuan kepada masyarakat.

Teater muzikal Sirah Junjungan menampilkan barisan pelakon handalan tanah air di antaranya Norish Karman yang akan melakonkan watak sebagai Khadijah, Ahmad Yatim (Abu Talib), Ellie Suriaty (Hendon), Aman Graseka (Saidina Abu Bakar) dan Azri Iskandar (Saidina Ali).

Untuk menarik perhatian penonton menyaksikan teater ini, penyanyi bersuara emas, Jamal Abdillah turut ditampilkan sebagai penyanyi undangan yang akan menyampaikan sembilan buah lagu berkisar mengenai kehidupan Nabi Muhammad dan selawat dengan diiringi muzik oleh Orkestra Seni Kebangsaan di bawah pimpinan Eddie Marzuki.

Selain Jamal Abdillah, penyanyi lain yang membuat persembahan dalam teater ini ialah Al-Fahmy, Tuty dan Salleh dari kumpulan Brothers.

Tempahan tiket
Bagi mereka yang mahu menyaksikan teater muzikal Sirah Junjungan yang akan dipentaskan selama lima malam berturut-turut bermula 19 Mac ini, tiket-tiket yang berharga RM50, RM100 dan RM150 kini sudah mula dijual dan boleh ditempah menerusi Box Office, Istana Budaya di talian 03-40265558 atau layari laman web www.ticket2u.biz.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • :.Mutiara Kata.:

    Masa Lampau, Masa Sekarang Dan Masa Depan. Sebenarnya Adalah Satu... Ia Adalah Sekarang - Stove
  • :. Contemplation.:

    Pride is not the best because we never fell. But as we come back every time we fall.
%d bloggers like this: