Cintaku D’sini (1)


Tuk, tuk, tuk. Almie yang tengah baring di katilnya terjaga akan ketukan pintu itu. Terus Almie bangun dari baringnya, “siapa?”, tanya Almie.

“Aku lah Faisal”, jawap rakannya yang baru dikenalinya atas kawan rapatnya Aizat. Lantas Almie terus membuka daun pintu biliknya itu.

“Erm, Faizal kenapa?”, tanya Almie seakan menyebut nama Faisal yang salah. “Oi, Faisal ok, bukannya Faizal”, betulnya. “Sama aja lah, kenapa kau datang bilik aku ni?, mana Aizat?”

Lantas Faisal masuk dan duduk di atas katil Almie. “Kau ingat aku dengan dia kembar siam ke?, nak berkepit aja sepanjang masa”, gurau Faisal.

“Mana lah aku tahu, kau dengan dia kan baik”, jelas Almie, Faisal yang duduk hanya tersenyum. “Bukan apa aku bosan duduk kat bilik tu, tak ada nak buat”, jelas Faisal sambil menunjukan memek muka yang bosan itu.

“Kau fikir ko hensem la buat muka macam tu”, perli Almie. Hati Almie sememangnya terpaut akan Faisal, seorang jejaka yang digilai ramai kaum wanita di kolejnya itu.

Almie yang duduk disudut katil sambil memerhatikan Faisal yang sedang membelik laptop kepunyaannya. “Ah, tak mungkin aku boleh terpikat dengannya!, dia lelaki dan aku juga lelaki, mungkin aku boleh terpikat dengannya, tapi mungkinkah dia begitu, tak mungkinlah!”, tegas hati Almie menyatakannya.

Keinginan Almie terhadap lelaki sejak dari bangku sekolah lagi, bukan hasutan rakan-rakannya tetapi inilah lumrah hati seorag lelaki bernama Almie. Seorang insan yang kulitnya kuning langsat kacukan belanda dan bugis, seorang yang peramah dan tahu menjaga hati sesiapa yang berkawan dengannya. Aizat rakannya dari kecil bersamanya lah bermain bersama, bercerita bersama sehingga ke kolej mereka tetap bersama.

“Ha, faisal kat sini rupanya kau!, puas aku cari tahu tak?”, terjah Aizat sambil kaki kanannya melangkah kedalam bilik Almie.

“Kenapa kau cari aku Aizat?”, tanya Faisal yang terpinga-pinga. “Oi, ko lupa ke?, dia yang janji nak disscusion sesama tapi dia yang tak ada”.jawap Aizat sambil duduk disebelah Almie.

“Ala, aku lupa la, korang semua dah buat ke?”, tanya Faisal. “Dah siap, ko jangan nak berangan nak tolong la”, jawap Aizat. Almie yang duduk di sudut katil hanya tersenyum malihat telatah mereka berdua.

“Wah, sekarang ni dah pandai lepak bilik ni”, gurau Aizat kepada Faisal. “Ala, saja la nak kenal dengan Almie ni”, jawap Faisal selamba.

“Hai, niat tu biar betul sikit yer. Kau jangan bukan-bukan dengan kawan baik aku ni”, kata Aizat sambil menepuk bahu kiri Almie. “Entah la aku pun tak tahu tiba-tiba aja Faisal ni datang”, kata Almie sambil tersenyum.

Comments
2 Responses to “Cintaku D’sini (1)”
  1. yen yen says:

    ermmm…. citer yg menarik..

  2. crazyloveman says:

    keep it out!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • :.Mutiara Kata.:

    Masa Lampau, Masa Sekarang Dan Masa Depan. Sebenarnya Adalah Satu... Ia Adalah Sekarang - Stove
  • :. Contemplation.:

    Pride is not the best because we never fell. But as we come back every time we fall.
%d bloggers like this: