Cintaku D’sini (3)


Selepas berlakunya perkara 25 Januari itu, hampir 3 tahun Almie menghilangkan diri. Hidup Faisal bertambah rungsing akan ketiadaan Almie disisinya. Jika dahulu Almie lah yang rajin membasuh bajunya, mengemas serta menghias rumah. 3 tahun kehidupan Faisal akan tidak terurus. Sehinggalah timbulnya seorang wanita bernama Wati.

“Wati, I janji akan jaga u sampai akhir hayat”, kata Faisal sampai memegang erat tangan wanita tersebut yang dudu dihadapannya.

“Boleh ke I percaya kata-kata u ni?”, tanya Wati bergurau, sememangnya dia sendiri sudah tahu akan kejujuran Faisal.

“Ala, kan hujung bulan depan keluarga saya akan hantar rombongan meminang”

Wati hanya tersenyum sambil bersandar pada kerusi dah memeluk tubuh. Ikatan yang dijalinkan selama 2 tahun setengah itu akan diteruskan dengan ikatan pertunangan. Terpancar cahaya diwajah dua pasangan merpati putih itu.

Lagu Seribu Tahun memecah kesunyian. Lantas Faisal mencapai telefon bimbitnya yang berada dihadapannya.

“Hello, Assalamualaikum. Siapa ni?”, jawab Faisal.

“Boleh cakp dengn Faisal”

“Ya bercakap”, setelah beberapa minit berbual, terpancar rasa kegembiraan di wajah Faisal. Wati yang duduk dihadapannya turut gembira walaupun dia sendiri tak tahu habar baik apa yang diterima Faisal.  Setengah jam perbualan Faisal, Wati yang berada dihadapannya  tidak diendahkan.  Setelah hampir sejam, perbualan dihentikan.

“Siapa yang call tadi?, gembira betul I tengok”, tanya Wati pelik.

“Kawan lama I, yang I ceritakan kat u dulu. Dah hampir 3 tahun tak dengar khabar berita”, jelas Faisal sambil tersenyum kegembiraan.

“Oh, siapa nama dia?, Almie kan?”

“Ha, dia lah. Ingat lagi u kan”

“Mana la boleh lupa, kan kawan baik u tu”, jawap Wati, Faisal hanya tersenyum.

Sesekali fikiran Faisal melayang mengigatkan Almie. Bagaimana la rupanya sekarang ini. Mesti dah banyak berubah, sebab dah tiga tahun tidak berjumpa mahupun khabar berita diterima. Rasa syukurnya dipanjatkan kepada yang Esa kerana ditemukan mereka berdua. Rindunya menebal. Dan tidak sabar rasanya ingin berjumpa dan bersua muka bersama insan yang sudah lama dia nantikan, serta berita yang dia akan bertunang dengan Wati tidak lama lagi. Tentu berita ini juga mengembirakan Almie.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • :.Mutiara Kata.:

    Masa Lampau, Masa Sekarang Dan Masa Depan. Sebenarnya Adalah Satu... Ia Adalah Sekarang - Stove
  • :. Contemplation.:

    Pride is not the best because we never fell. But as we come back every time we fall.
%d bloggers like this: