Cintaku D’sini (4)


Hampir sepuluh minit Faisal manunggu Almie di salah sebuah kedai makan yang terletak di tengah ibu kota, Bukit Bintang. Sesekali Faisal menelefon Almie menanyakan dimana?

“Almie kau kat mana ni?”

“Sabar la Faisal aku on the way ni”

Semakin hampir samakin hati Almie tidak keruan. Risau akan tanggapan Faisal melihat perubahan terhadap dirinya yang mendadak. “Macam mana la aku nak terangkan pada Faisal ni?”, bisik hati Almie perlahan. Degupan jantung Almie tidak terkawal lagi, langkah semakin perlahan, sesekali terlintas kenangannya bersama Faisal suatu ketika dahulu.

Selepas beberapa minit Faisal melihat seorang wanita berbaju kebaya ungu mendekatinya, wajahnya tidak dapat digambarkan kecantikannya lebih cantik wanita yang dikenalinya.

Lantas wanita berbaju kebaya itu menegurnya. “Faisal”, sambil menhulurkan tangan. Faisal yang tergamam turut menghulurkan tangannya kepada wanita tersebut.

“Yeah, Cik ni siapa”, tanya Faisal kebingungan.

“Faisal ni aku la, Almie”

“Ha!”, lantas Faisal berdiri, terkejut melihat perebahanya.

“Yer, Faisal ni aku, dan sekarang ni la aku yang sebenarnya”

“Tak mungkin!, kenapa dengan kau ni?, dah tak ingat tuhan ke?, aku bukan kawan kau lagi”, lantas Faisal melangkahkan kakinya keluar.

“Faisal nanti dulu, dengar apa yang aku nak cakapkan ni”

“Apa lagi alasan kau ni?”

“Hampir 23 tahun aku menderita jerana ini Faisal, aku sebenarnya berjantina Kunsar. Semua benda ni tiada siapa yang tahu selain Ibu dan Bapa aku. Dan sebelum mereka meninggal dunia mereka telah menyuruh aku memilih salah satu yang serasi dengan aku”, jelas Almie panjang. Faisal yang terpaku terduduk perlahan-lahan.

“Kenapa kau perlu rahsiakan semua ni Almie?”, tanya Faisal perlahan yang kecewa akan sikap rakannya itu.

“Itu alasan aku sendiri Faisal. Sebab itu aku menghilangkan diri. Kerana aku tidak bersedia untuk jumpa dengan kau, sebab aku takut kau tidak boleh terima aku”

 “Dan sekarang ni kau fikir aku boleh terima kau”

Sebaik sahaja ayat Faisal berakhir Almie dengan berat hati melangkah pergi. Faisal yang duduk di atas kerusi hanya melihatny. Sesekali terbayang kenangan bersama Almie sewaktu ketika dahulu, air mata tidak dapat tertahan mengalir di pipi. Faisal lantas mengejar Almie.

“Aku minta maaf. Aku terkejut dengan perubahan kau sekelip mata ini”

“Kau tak salah Faisal, Aku yang bodoh jumpa dengan kau hari ini”

“Jangan cakap macam tu. Kau tinggal kat mana sekarang”

“Aku akan balik ke kampung”

“Kau tinggal dengan aku bersama ibu dan bapa aku, Mereka berdua sudah pindah kat sini”

“Tak apa lah Faisal, aku takut penerimaan Ibu dan ayah kau pula”

“Aku yakin mereka mesti faham”, lantas Faisal menarik tangan Almie dan membawa ke keretanya.

Setelah sepuluh minit perjalanan. “Kau nampak cantik sekarang Almie”, puji Faisal ikhlas, ternyata Almie kelihatan menarik pada waktu sekarang berbanding dahulu. Almie yang duduk diesebelah hanya tersenyum.

“Kau tak tukar nama ke Almie?”

“Tak aku masih sayangkan nama ibu bapa aku kasi ni”, jelas Almie sambil ketawa sinis.

“Bagus la kalau macam tu”, jawap Faisal sambil memegang tangan Almie yang berada di peha. Perlahan-lahan Almie menarik tangannya.

“Faisal, aku macam ni bukan sebab lain, sebab aku tunaikan wasiat ibu bapaku”

“Tapi kau kena pilihya jugakan Almie, walaupun bukan atas wasiat ibu bapa kau”, jawap Faisal yang ternyata hatinya terpaut akan kecantikan Almie sekarang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • :.Mutiara Kata.:

    Masa Lampau, Masa Sekarang Dan Masa Depan. Sebenarnya Adalah Satu... Ia Adalah Sekarang - Stove
  • :. Contemplation.:

    Pride is not the best because we never fell. But as we come back every time we fall.
%d bloggers like this: