Cintaku D’sini (5)


Hampir 2 minggu Almie tinggal bersama keluarga Faisal. Seperti yang dijangkakan Faisal ibu bapanya sanggap menerimanya sebagai anak sendiri. Hati Faisal semakin bertaut akan Almie, dengan budi bahasa dan tingkah laku yang menarik. Erasaan dingin terhadap Wati semakin menebal.

“Mama, saya nak batalkan pertunangan ni”, kata Faisal perlahan.

“Ha, kau jangan cari pasal Faisal!”

“Tak, mama hati saya sudah bertaut pada orang lain”, katanya sambil memerhatikan ibunya yang merenung matanya tepat kedalam.

“Mama faham maksud kau Faisal. Mama tak kisah asalkan kau bahagia. Tapi pertunangan ini kau sendirilah yang selasaikannya, sebab lagi seminggu aja Faisal”

“Itu mama jangan risau Faisal sendiri akan uruskan”

Bunyi pintu memecah kesunyian, kelihatan Almie keluar dari bilik.

“Apa lah yang dibincangkan anak beranak ni, macam serius aja. Almie nak tahu boleh?”, kata Almie sambil memeluk ibu angkatnya itu. Titisan air mata tidak tertahan.

“Almie, kenapa nangis ni?”, ibu Faisal sambil mengusap kepala Almie.

“Almie rindu kan emak”

“Dah, jangan di ingat pada orag dah tak ada, tak baik. Lebih baik Almie berdoa dan sedekahkan apa yang patut”, kata ibu angkatnya yang sudah pun mengangap Almie itu sebagai anak kandungnya.

PERTUNANGAN antara Faisal dan Wati sudah dibatalkan. Dan selama setahun jugalah Wati menyimpan dendam terhadap Almie yang menyebabkan punca utama pertunangan mereka dibatalkan. Antara Faisal dan Almie semakin intim, Bagi mengelakan kejadian yang tidak diingini berlaku Faisal dan Almie mengikat ikatan pertunangan. Hampir lima bulan ikatan pertunangannya. Hari yang dinantikan semakin tiba.

“Faisal lagi sebulan aja majlis perkhawinan kau. Kau dah buat apa yang mama suruh?”

“Dah mama, petang tadi saya dan Almie dah pun ke butik”

“ Bagus la tu. Ingin pesan mama Faisal, jaga anak orang baik-baik, Almie tuh baik orangnya”

“Mama jangan risau la yer”, kata Faisal sambil memeluk ibunya erat.

“Mana Almie?, mama tak nampak pun dia hari ini”

“Die keluar dengan Sarah, katanya nak beli hantaran sikit”, kata Faisal sambil melihat ibunya yang sedang sibuk mengubah hantaran yang cantik bewarna peach itu.

Deringan telefon memeranjatkan Faisal, lantas Faisal bagun dan mencapai telefonnya.

“Sapa pulak la yang telefon malam-malam ni”, Faisal merungut sambil mengangkat ganggang telefon.

“Hello”

Setelah lima minit perbualan Faisal yang tergamam terus rebah diatas lantai. “Faisal kenapa dengan kau ni?”, tanya ibunya yang sambil menahan Faisal dari rebah ke lantai.

“Mama, Almie”, jawap Faisal perlahan seakan tersekat di penghujung ayat.

“Kenapa?”

“Kemalangan”

“Ya , Allah!. Sekarang ni dia kat mana?”

“Hospital”

“Dah jom kita pergi”, lantas ibunya mengangkat sedaya upaya.

Tiba di hospital Almie sedang dibilik kecemasan. Faisal yang tidak tenteram hanya duduk merenung kehadapan. Apa yang akan terjadi akan perkhawinan yang telah dirancang selama ni. Hancur hatinya, menyesal jiwanya, tetapi tidak berguna difikirkan. Jam tepat menunjukan 3.00 pagi. Almie masih dibilik kecemasan.Doktor yang mengarahkan mereka pulung, lantas mereka melangkah kaki pulang kerumah. Fikiran Faisal tetap kepada perkhawinan yang telah dirancang oleh mereka, sesekali bayangan Almie bermain dimata Faisal.

aweks_1.gif

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • :.Mutiara Kata.:

    Masa Lampau, Masa Sekarang Dan Masa Depan. Sebenarnya Adalah Satu... Ia Adalah Sekarang - Stove
  • :. Contemplation.:

    Pride is not the best because we never fell. But as we come back every time we fall.
%d bloggers like this: