Cintaku D’sini (6)


Perkhawinan dibatalkan, segala persiapan dibatalkan begitu sahaja. Hampir 3 bulan Almie koma akibat hemtakan kuat pada kepalanya, tubuhnya lumput buat selamanya, kekasalan pada wajah Faisal jelas terpancar, memikirkan apa yang akan berlaku seterusnya selepas ini. Faisal yang duduk disebelah Almie mula menitiskan air mata sucinya.

“Almie, kalau Almie selamat sekarang ni mungkin kita bahagia bersama, berbulan madu di Paris,kan Almie ada cakap dengan abang yang Almie nak sangat ke Paris. Mesti kita bedua bahagia sengat kan Almie”, titisan air mata semakin deras. Faisal memegang erat tangan Almie. “Bangunlah sayang”, kata Faisal mengharapkan kekasih hatinya sedar dari tidur.

Tangan Almie yang kelihatan kaku bergerak secara tiba-tiba. Matanya terbuka perlahan-lahan. Faisal yang meletakan kepalanya di katil diusap Almie perlahan-lahan. Faisal yang terkejut lantas bangun dan mencium kekasih hatinya itu.

“Almie, Alhamdulilah akhirnya awak sedar juga”, Faisal tepat memandang mata Almie, Almie yang mendengar hanya tersenyum.

“Sekejap ya, abang nak telefon mama sekejap”. Lantas Faisal melangkah keluar dan memberitahu khabar gembira yang baru diterima.

HAMPIR setahun Almie kembali ke rumah, dan selama itulah Almie menderita atas kerusi rodanya. Hati Faisal mula runsing melihat Almie yang masih tidak dapat berjalan, hatinya tidak keruan serta berubah sekelip mata. Watie bekas tunang Faisal tetap terus mencuba merampasnya kembali.

Almie dan ibu Faisal keluar bersiar-siar di taman, Almie melihat makcik berbaju kurung biru bercorak bunga kecil menjual kuih akok.

“Mama, Almie nak beli kuih akok untuk abang Faisal, kan abang Faisal suka kuih akok, mesti dia sukakan mama”, kata Almie penuh perasaan, Ibu faisal yang berdiri disebelah Almie hanya tersenyum.

Jam menunjukan pukul 12.00 malam, Almie masih menunggu Faisal pulang, selepas 15 minit menunggu daun pintu rumah dibuka, kelihatan seraut wajah penat Faisal dimuka pintu.

“Abang Faisal ini Almie belikan kuih akok untuk abang Faisal”, kata Almie sambil menghulurkan kuih akok pada Faisal.

“Taknak la, penat ni, nak masuk tidur”, tengking Faisal.

“Rasa la sikit, kan abang Faisal suka dengan kuih ni”

“Orang cakap taknak, taknakla tak faham bahasa ke?”

Ibu Faisal tidur terjaga dan keluar dari biliknya. “Ni apa bising-bising ni”

“Almie ni tak faham bahasa, dah orang cakap taknak, taknak la”

“Yang kau ni kenapa Faisal, bukan kau suka dengan kuih tu, rasa la sikit”

Tangan Almie kembali menghulurkan kuih akok itu kepada Faisal, lalau dengan perasaan marah Faisal mennepis tangan Almie, kuih yang dipegang terjatuh ke lantai. Ibunya menuju ke hadapan lalu menampar tepat ke pipi Faisal.

“Mama”, Faisal tergamam, lalu keluar dari rumahnya.

Air mata Almie tidak dapat taha kesedihan, tangannya lemah mengutip kembali kuih yang terjatuh ke lantai itu. “Dah tu Almie tak payah kutip lagi, kotor tu”, pesan Ibu kepada Almie sambil mengutip kuih yang terjatuh itu, air mata semakin deras.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • :.Mutiara Kata.:

    Masa Lampau, Masa Sekarang Dan Masa Depan. Sebenarnya Adalah Satu... Ia Adalah Sekarang - Stove
  • :. Contemplation.:

    Pride is not the best because we never fell. But as we come back every time we fall.
%d bloggers like this: