Petang Yang Hujan with Lyric Mila – Ilham Di Matamu


Aku keluar dari Istana Budaya pukul 5.30. Time ni aku dah tengok cuaca mendung, tapi aku teruskan jugak perjalanan aku, dah la baju hujan tak bawak mampos aku.hikhikhik

Pastu tak sampai Petronas 2 KM dari IB dah hujan, so aku berenti untuk isi minyak, so aku teruskan jugak walaupun hujan sebab tak kisahla nak balik basah kuyup kan.

Nak dijadikan cerita, hujan terlalu lebat so aku berenti kat jabatan berdekatan Perlimen, aku lihat sepasang kekasih yang sama dengan aku untuk tunggu hujan reda, mereka berdua beromantik plak kat depan aku, jeles pun ada jugak, huhuhu. Pastu muncul seorang lelaki berbaju kuning menegur lelaki ini untuk minta lighter untuk isap rokok, pastu lelaki itu pun berborak, yang si wanita ini pulak keseorangan, nak tergelak pun ada jugak.kihkihkih. tapi wanita ni pandai dia amik perhatian dia rapatkan badannya ke lelaki tersebut dan mencium sebanyak 2 kali badan lelaki tu, pastu terus temannya mengalih pandangan dan beborak semula dengan teman wanitanya itu. Huhuhu. Pandai strategik.

Aku tengok hujan dah reda sikit, so aku start enjin dan teruskan perjalanan, tak sampai 2KM hujan terun dengan lebatnya serta merta.

Nak jadikan cerita lagi, aku berenti kat jabatan Parlimen, aku duduk dekat divider tu, hampir 20 minit au duduk situ, aku menoleh pandangan aku ke arah kanan, aku tengok seorang wanita berhenti dan seorang lelaki memberikan kasut wanita tersebut yang terputus, aku ingat mereka berlanggar rupanya wanita tersebut dihimpit, ala-ala macam aku kena jugak, tapi aku tengok dia lagi teruk sebabnya darah tak henti-henti hampir satu tuala lap muka berlumuran darah, teruk juga kaki dia aku tengok, dalam lukanya, dan aku pun rasa macam nak nangis tengok perempuan tu menangis, teringat time aku kena dulu, sakit siot!

Kalau korang nak tahu sepanjang perjalanan ku dengar MP3 lagu Mila – Ilhan Di Matamu. Lagu yang sedih…..

Di waktu rindu ku mengemis
secebis ehsan
airmataku yg berginang
kau biar jatuh
berlinangan tanpa kau cuba
memujukku
tergamak lihat ku tersungkur
mengamit hampa
siksa hari ku sarta mendung
menanti hujan

Bertahun lama
aku pun derita sendiri
bertingkah sedih dgn sepi
apa mungkin takdirku begini
akhirnya tuhan
berikan jawapan yg murni
bukannya aku yg berdosa
dambakan cinta suci

Sebaliknya kau buta hati
tak nampak kasih yang kau cari
diri ini
menangis di depan matamu

Comments
5 Responses to “Petang Yang Hujan with Lyric Mila – Ilham Di Matamu”
  1. nad says:

    aku x nak komen..tapi aku nak tanya ko .macamne ko wat website?

  2. nad says:

    aku suka web site ko!!padat!!

  3. crazyloveman says:

    ianya bukan website….
    tapi hanya blog…
    just sign up jew kat wordpress.com
    then fill la….
    tuh aja…..
    hope leh jumpa awak kat wordpress…..
    da~

  4. byla says:

    Best! aku suke cite ko! tulis lagi,ok. bye.

  5. crazyloveman says:

    byla,
    ok baca la entries lain k…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • :.Mutiara Kata.:

    Masa Lampau, Masa Sekarang Dan Masa Depan. Sebenarnya Adalah Satu... Ia Adalah Sekarang - Stove
  • :. Contemplation.:

    Pride is not the best because we never fell. But as we come back every time we fall.
%d bloggers like this: