Pendengar dan Pencerita Yang Baik.


Manusia sememangnya tak boleh lari dari masalah mahupun khabar gembira. Dan kedua-dua perkara ini kita memang perlukan teman untuk bercerita. Kerana kita perlu luahkan perasaan yang tersembunyi. Ada juga terdengar yang menyatakan kita perlukan seorang “Rakan Kembar” untuk berkongsi masalah mahupun kegembiraan.

Saya pasti semua orang didunia ini akan melalui apa yang saya lalui sekarang ini, dihimpit masalah dan sering inginkan teman untuk bercerita, yang penting kita kena pandai bercerita dan apa yang kita harapkan kepada pendengar supaya ada maklum balas yang baik. Bayangkan kalau kita bercerita si pendengar macam tak paham aja apa yang kita dengar. Mesti kalau tak sakit hati mesti korang akan marah n rasa nak tengking aja bukan.

Sememangnya manusia perlu meluahkan apa yang tersimpan dihati tak kiralah masalah cinta, keluarga, kesihatan, diri, mahupun agama. Semuanya kita perlukannya. Dan saya percaya semua manusia adalah konselor yang baik. Yang lebih baik kalau rakan kembar kita itu mempunyai cerita yang sama dengan kita.

Tak adil rasanya kalau ada insan yang menderita, sedangkan manusia yang gembira tidak menolongnya. Kerana dunia ini sendiri berputar, jadi hidup kita juga akan berputar, apabila kita gembira hari ini, tak mustahil esok kita akan dibunuh oleh hati, menderita sepenuhnya. Jadilah anda seorang yang pendengar yang baik kerana satu hari anda akan menjadi pencerita yang baik.

Kawan yang mulia, adalah awan yang sudi suka duka. gelak menangis, bersama. Itulah rakan kembar kita. Bak kata orang cubit peha kiri, peha kanan terasa. jadi carilah kembar anda untuk meluahkan semua perkara samada suka atau duka…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • :.Mutiara Kata.:

    Masa Lampau, Masa Sekarang Dan Masa Depan. Sebenarnya Adalah Satu... Ia Adalah Sekarang - Stove
  • :. Contemplation.:

    Pride is not the best because we never fell. But as we come back every time we fall.
%d bloggers like this: