Kerana Cintaku Saerah!


Aku tak dapat tengok cerita ini pada permulaannya, tetapi nasib baik TV3 siarkan balik cerita ini pada setiap Ahad jam 5.00 petang. 1st aku tengok cerita ini aku dah mengalirkan air mata. Cerita yang amat tragis bagi sesiapa yang berperikemanusiaan. Jadi kat sini aku bagi semua sinopsis cerita ini. Sekian…..

Falsafah cinta ada mengatakan, cinta tidak semestinya bersatu dan cinta itu boleh berubah dalam sekelip mata. Drama ini mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Jibek (lakonan Benjy) yang mengalami penyakit di mana sel-sel dalam otaknya lemah dan kesannya Jibek menjadi lembab pemikiran di zaman remaja. Ketika zaman kanak-kanak, Jibek yang masih normal ketika itu menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain dan Jibek berkawan rapat dengan Saerah (lakonan Umie Aida). Mereka berjanji untuk mendirikan rumahtangga dan berkongsi hidup setelah dewasa. Namun, setelah Jibek mengalami penyakit otak, Saerah berubah fikiran dan cintanya bukan lagi buat Jibek. Namun, berlainan pada Jibek yang masih lagi berpegang pada janjinya untuk menjadikan Saerah sebagai isteri. Namun takdir menentukan segalanya. Satu kejadian tragis menimpa Saerah di mana Saerah telah terlanjur melakukan penzinaan dengan seorang pemuda bernama Mustaza (lakonan Ezani). Menyedihkan lagi bagi Saerah kerana Mustaza tidak menyintainya dan meninggalkan Saerah yang menghamilkan anak luar nikah. Oleh kerana tidak mahu menanggung malu, ibu Saerah (Wan Maimunah) telah memaksa Saerah berkawin dengan Jibek. Atas dasar keterpaksaan, Jibek dan Saerah pun berkahwin dan melahirkan seorang anak hasil dari persetubuhan dengan Mustaza. Malang bagi Jibek apabila Saerah lari ke Kuala Lumpur tanpa pesan sejurus selepas habis pantang. Di Kuala Lumpur, Saerah berjaya mendapat pekerjaan dan lupa untuk pulang ke kampung melihat anak, suami dan ibunya.

Drama ini akan membawa penonton kepada kisah suka duka Jibek memelihara anaknya sehinggalah anaknya besar. Banyak laluan getir dan dugaan yang terpaksa dihadapi Jibek. Antaranya terpaksa menghadapi kerenah seorang pemuda jonggang yang samseng bernama Jenal (lakonan Isma Yusoof) dan ibunya, Cik Ros (lakonan Engku Faridah) yang suka membuat onar tanpa belas kasihan terhadap Jibek. Ibu Jibek banyak berhutang dengan Cik Ros dan Jibek tidak mampu membayar kesemua hutang tersebut. Kewujudan watak Nomi (lakonan Noorkhiriah) yang mengalami penyakit terencat akal menjadi kawan Jibek sejak kecil sehingga besar sedikit sebanyak memberi penawar pada Jibek. Mungkinkah akan ada cinta antara Nomi dan Jibek? Apakah yang akan berlaku pada Saerah ketika di Kuala Lumpur? Apakah yang akan menimpa Jenal dan ibunya Cik Ros? Untuk jawapan dan kesudahan drama ini, anda perlu tontonnya sendiri.

Comments
8 Responses to “Kerana Cintaku Saerah!”
  1. imranajmain says:

    love it, love it.

  2. crazyloveman says:

    tq Imran….
    Love u….
    huhuhuhu

  3. mahsyar90 says:

    aku sukee tgk cerita sindarela!haha
    sori kluar tajuk

  4. ira_88 says:

    ada cra nk download cita ni x?

  5. crazyloveman says:

    maaf ira…cerita ini masih di copyright….
    kat “you tube” pun tak ada…
    tapi berita baik..TV3 akan keluarkannya di laman web…kita tunggu aja ok TV3 punya WEB TV……

  6. crazyloveman says:

    mahsyar90 – aku pun suke gak…. sebab hapening huhuhuhu

  7. kelat says:

    sedih giler citer nih…

  8. crazyloveman says:

    kelat – saya pun setuju…. kekejaman wanita terhadap lelaki…kihkihkihkih🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • :.Mutiara Kata.:

    Masa Lampau, Masa Sekarang Dan Masa Depan. Sebenarnya Adalah Satu... Ia Adalah Sekarang - Stove
  • :. Contemplation.:

    Pride is not the best because we never fell. But as we come back every time we fall.
%d bloggers like this: