Teater Patung Kertas


Teater ini dipentaskan di Dewan Tunku Abdul Rahman, Malaysian tourism Centre (MTC). Bermula 25 – 30 April 2008. Dan pada 28 April 2008 adalah Malam Gala. Saya sempat menonton pada 28 April lepas dengan beberapa orang VIP Dato’ Zaiton, serta tidak ketinggalan penyanyi nombor satu negara Dato’ Siti Nurhaliza serta suami dan ahli keluarga, serta Selebrit Chf Jaafar Onn serta Chef Ismail. Juga yang turut hadir Ikram aktress terkenal dalam drama bersiri “Bella”.

Ini adalah sebuah pementasan yang luar dari pada biasa. Patung Kertas mengabungkan kerja penulisan skrip Wahid Nasir serta pengarah Lokman Ghani, yang bercerita dunia maknyah.

Teater ini menganjak nama-nama besar sampailah ke muka baru untuk menjayakannya. Dato’ Jalaluddin Hassan, Ashraf Muslim, Mohd. Fariz Zaidi, Ebby Yus, Zuhairi Hassan. Turut bersama-sama mereka promoter terkenal Wafa serta Aniff Ghani.

Dalam Watak Jalaludin Hassan sebagai abang Long atau Akak K, begitu juga Ashraf Muslim sebagai adik Chu serta Fariz Zaidi yang berminggu-minggu untuk melembutkan tangan mereka.

Teater ini mengisahkan sekumpulan Maknyah dengan kehidupan msing-masing serta berfakat untuk mengadakan persembahan show bagi mengumpul dana perubatan.

Kumpulan Ika Fancy Group juga telah menimbulkan suasana yang meriah dengan gelagat masing-masing, ianya memang sebuah teater yang MERIAH serta mempunyai 1001 perasaan. Satu persembahan dari En. Rosnan salah satu staff Istana Budaya yang mungkin boleh dikatakan menengelamkan watak Jalaludin Hassan kerana wataknya yang berat untuk dibawa dengan sedikit persembahan Makyong, dan sedikit babak sedih yang dipertengahkan oleh En. Rosnan.

Penampilan Khas Ratu 2006 iaitu Viviana yang terkenal dalam golongan ini sebagai Emcee majlis. Watak Viviana yang biasa dengan show sebegitu lebih menghidupkan suasana. Lawak jenaka yang diberikan oleh Viviana ketika Dato’ Siti Nurhaliza bersalam dengannya serta Dato’ K. Penampilan Viviana yang memang dinanti-nantikan oleh semua penonton.

Nik Nor Ashikin sebagai penerbit teater Patung Kertas serta penyanyi terkenal negara Noryn Aziz sebagai penaung teater ini. Ianya menelan belanja RM200 ribu lebih yang melibatkan 40 orang tenaga pekerja serta hampir 40 orang pelakon. Teater ini juga menyumbangkan kepada pelakon primadona negara Azean Irdawati serta membiayai kos hospital Allahyarham Yusni Jaafar.

Comments
4 Responses to “Teater Patung Kertas”
  1. mahsyar90 says:

    yeah..jumpa juga..
    gambar jalaludin hasan berada di blog aku..hehe
    aku x suka tgk teater..tp aku suka baca sinopsis..
    plik kan aku ni..😀

  2. crazyloveman says:

    tak la pelik sgt..sebab teater ni bukan semua orang boleh menjiwainya…sebab ia suatu yang rumit
    kihkihkih

  3. mahsyar90 says:

    crazyloveman..aku baru je tgk review pasal patung kertas ni dlm melodi tv3..hakhak..lwk la dato jalal

  4. crazyloveman says:

    huhuhu
    baru tgk dato’ jalal tak tgk yg lain lagi…
    kihkihkih😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • :.Mutiara Kata.:

    Masa Lampau, Masa Sekarang Dan Masa Depan. Sebenarnya Adalah Satu... Ia Adalah Sekarang - Stove
  • :. Contemplation.:

    Pride is not the best because we never fell. But as we come back every time we fall.
%d bloggers like this: