Pesanan Dato’ Siti Nurhaliza Taruddin


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Semoga hari-hari yang dilalui tetap ceria dan membahagiakan. Biarlah apa saja dugaan mendatang, kita tempuh dengan tabah hati kerana semua yang tersurat itu adalah ujian. InsyaAllah akan ada hari-hari indah yang menanti.

Pertama sekali, terima kasih atas segala mesej yang disampaikan. Tidak kira nasihat, teguran, salam, ucapan tahniah atau apa saja, Siti terima dengan hati yang terbuka. Sebagai manusia biasa, banyak yang telah Siti lalui dan insyaAllah apa yang baik itu akan Siti kejar dalam jalan Siti sendiri, dengan cara Siti sendiri, semoga segalanya akan bertambah baik dari semasa ke semasa.

Terima kasih kepada semua peminat yang mengundi Siti sewaktu Anugerah Planet Muzik baru-baru ini dan membolehkan anugerah Penyanyi Wanita Popular Siti kongsi bersama anda. Sokongan dan kesetiaan anda begitu membuatkan Siti terharu dan terima kasih sekali lagi.

Alhamdulillah, dalam cabaran dan rintangan, 2008 juga mencatatkan yang manis-manis juga buat Siti dan peminat. InsyaAllah apa yang terlakar ini akan menjadi kekuatan untuk Siti terus berusaha.

Dalam pada masa itu Siti lebih selesa tampil imej berselendang dahulu..biarlah ikhlas,

Sebagai seorang selebriti, Siti akui tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak. Namun Siti juga tidak mahu bersikap hipokrit. Justeru, biarlah perubahan yang dilakukan itu berlangsung secara perlahan-lahan tanpa memerlukan sebarang paksaan.

“Apa yang boleh Siti katakan, Siti lebih selesa dengan penampilan seperti ini (berselendang). Dalam hal ini, orang boleh kata apa saja tetapi yang melaluinya adalah Siti. Dulu Siti pernah juga berkata pada diri sendiri, lepas Siti pergi Makkah, Siti nak pakai tudung, berhenti menyanyi dan duduk rumah.

“Tapi apabila kita melalui situasi itu, ia sebenarnya tak semudah yang disangka. Iyalah, Siti ini seorang penyanyi. Lagu nyanyian Siti ada yang berentak rancak dan memerlukan Siti menari. Keadaan ini ada kalanya meletakkan diri dalam keadaan sukar.

“Jadi, kalau boleh Siti tidak mahu memikirkan sangat perkara ini kerana tidak mahu ia menjadi bebanan buat Siti. Apa pun, semua itu terletak pada hati dan Siti akan lakukan apa yang Siti rasakan selesa.

Terima Kasih kepada semua peminat (kawan-kawan),yang sentiasa menyokong Siti sehingga sekarang,walaupun banyak musibah dan dugaan yang Siti lalui,namun semuanya Siti dapat melawan dengan kepercayaan,ketabahan,dan kesungguhan Siti.

Apa yang hendak Siti katakan,Siti ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara,janganlah ada yang membuat andaian yang tidak elok,insyallah Siti akan memperbaiki diri Siti dari masa akan datang dengan secara perlahan-lahan..dalam masa yang sama Siti nak kehadapan,Siti juga perlu memandang kebelakang untuk melihat asal usul Siti sebelum ini,barulah Siti rasa tenang dalam setiap apa yang Siti lakukan.

Harapan Siti memang mahukan yang terbaik tapi Siti harap anda juga bersabar seperti Siti,dan mendoakan Siti yang terbaik di masa akan datang.

Sekian,
Salam Sayang daripada,
SITI NURHALIZA

Comments
2 Responses to “Pesanan Dato’ Siti Nurhaliza Taruddin”
  1. semek says:

    1. kalau dah tau diri sendiri blm cukup kuat utk bertudung litup..kenapa tekad janji pada peminat…?

    2. setuju dengan citot yang ANDA memang hipokrit…cakap x serupa bikin…

    3. org yg bercakap mgkin akan lupa..tapi org yang mendengar & membaca tidak akan lupa…apatah lagi artis yg disanjung o mereka….

    4. dah lama jadi artis pun x kan blm tau resam artis dgn peminat…x kan nak mntk pndpt datuk K jgk…

    5. perbuatan bertukar patern macam biskut ni tidak kah membuatkan CT rs menyesal akan DOSA yg akan dipikul o suami terCINTA….? (uweekkk loya rasa tekak)

    6. soalan saya…kalau datuk K 2 hanyalah seorg adtuk yg mempunyai CUCU dan haya peniaga kecil-kecilan…adakah CT sanggup menjadi perampas….? sila lah jawab kemusykilan saya ni……

    7. harap tidak berkecil hati kerana anda sndri pernah cakap…setiap org mempunyai pendapat & pandangan masing2…..

  2. crazylove says:

    thanks 4 ur comment…
    apa pun terserah apa individu untuk menilai.
    saya langsung tidak menyebelahi mana-mana pihak.
    cukuplah diri ini hanya berkata,
    “Setiap manusia ada kelemahan, hanya manusia itu jugalah harus pandai menbetulkan segala kelemahan dirinya”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • :.Mutiara Kata.:

    Masa Lampau, Masa Sekarang Dan Masa Depan. Sebenarnya Adalah Satu... Ia Adalah Sekarang - Stove
  • :. Contemplation.:

    Pride is not the best because we never fell. But as we come back every time we fall.
%d bloggers like this: