KOSMO (MARILYN CANTIK COLUMN)


INI ada satu cerita yang mengecewakan Marilyn dan cerita ini berlaku kepada teman rapat Marilyn sendiri semuanya gara-gara teruja sangat nak menyaksikan sebuah pementasan teater baru-baru ini.

Teater yang dipentaskan di Istana Budaya (IB) itu sungguh menarik, tetapi apa yang tak menariknya ialah pengurusannya yang Marilyn rasa tidak profesional.

Apa tidaknya, teman Marilyn tu kali pertama menjejakkan kakinya di IB hadir hanya memakai kemeja-T tanpa kolar. Ini menyebabkan dia harus menyarungkan jaket yang dipinjamkan IB. Nak pinjam jaket kena pula meninggalkan kad pengenalannya di kaunter, lepas tu baru boleh tengok teater.

Okey, itu memang peraturan yang harus dipatuhi. Apa yang peliknya selepas teater itu habis hampir lewat malam, teman Marilyn pun mahu pulangkan semula jaket yang dipinjam tadi.

Apa yang mengejutkan seorang kakak pekerja IB mengatakan orang yang menjaga bahagian simpanan jaket dan yang mengambil kad pengenalan teman Marilyn itu sudah pulang ke rumah. Boleh?

Jadi teman Marilyn pun meminta bantuannya untuk mengambil kad pengenalan yang ditinggalkan tadi, kata teman Marilyn: “Kau tahu tak apa yang akak tu cakap?

“Ada ke patut dia kata, macam mana ni, ’akak pun tak tahu mana dia simpan kad pengenalan tu. Akak pun tak boleh lama ni, akak nak balik ni’.”

“Tak pernah Marilyn aku jumpa orang macam tu. Habis aku ni tak reti nak balik rumah ke? Dia ingat dia saja ke yang nak balik rumah? Lepas tu dia tanya macam mana nak buat sebab dia tak dapat nak hubungi orang yang menjaga bahagian jaket tu.

“Aku lagilah tak tahu, dah lah tu kali pertama aku jejak kaki di IB tiba-tiba jadi macam ni pula, hilang terus hasrat nak menyokong IB.

Nak dijadikan cerita, keesokan harinya baru teman Marilyn itu dapat kad pengenalannya semula, itu pun selepas berkali-kali mengingatkan pihak perhubungan awam IB.

“Aku tak marah tapi sakit hati. Apa hak IB untuk simpan kad pengenalan orang sampai macam itu sekali? Nasib baik aku tak buat laporan polis. Setahu aku tak ada sesiapa boleh simpan kad pengenalan orang lain tau, takkan hal itupun pengurusan di IB tak tahu? Tetapi aku puji pihak penghubungan awam IB terutamanya Kassim Lee yang bersungguh-sungguh tolong aku dapatkan kad pengenalan aku balik,” kata teman Marilyn lagi.

Memang pelik, memang hairan kenapa sampai jadi macam itu sekali. Mungkin itu perkara yang terpencil yang berlaku terhadap teman Marilyn. Cuba bayangkan jika perkara tersebut menimpa pelancong asing yang melawat negara kita. Dibuatnya ada apa-apa berlaku, pasport dia orang tak ada bersama tetapi dipegang oleh pihak IB. Siapa yang nak menjawab tu? Pihak IB tak boleh terus buat undang-undang sendiri macam itu.

Marilyn: Teater Randai Kasih Menanti arahan Ahmad Tamimi Siregar khabarnya menarik sangat. Jom, kita tonton ramai-ramai!.

SUMBER : KOSMO (MARILYN CANTIK COLUMN)

Comments
7 Responses to “KOSMO (MARILYN CANTIK COLUMN)”
  1. crazyloveman says:

    aku nak korang sume judge sapa yang btol n sapa yang salah!!!!

  2. "eS@RLi" says:

    CrAzY,
    SaPo mArYlIn nIh..?? eRmM XtAw nK DeCiDe laa.. DuA2 kAtE D PiHaK yg bEnAr jErK.. HeHeHeE..

  3. crazyloveman says:

    marilyn yang bajet cantik tu wartawan dari KOSMO!

  4. Photographer says:

    Saya nampak ada wartawan pakai jaket IB pd malam tu… pastu melantak dan interview hampir sejam selepas teater… nape saya tau, sbb saya salah sorang photographer pd malam tu… kami dah biasa dgn protokol IB, takkan wartawan ni tak tahu…hehehe…

  5. crazyloveman says:

    thanks…..awak pun tahu kan apa yang dah jadi dengan wartawan kita…..
    so tak ada la wartawan nak wat liputan tanpa study dulu k….
    lain kali study dulu la, sebab awak tuh wartawan….lagi marilyn tuh leh buat statement yang show tuh habis lewat malam kan..pelik???die yang melantak sampai lewat malam ada lah….

  6. "eS@RLi" says:

    OOoOoO cAmTuH AlKeSaH NyEr.. aHaHaHaAA.. MaCaM2..
    DiEr yG SaLaH, nK MeNcArI KeSaLaHaN OrG LaIn lAk.. hUhuu..

  7. crazyloveman says:

    huhuhu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • :.Mutiara Kata.:

    Masa Lampau, Masa Sekarang Dan Masa Depan. Sebenarnya Adalah Satu... Ia Adalah Sekarang - Stove
  • :. Contemplation.:

    Pride is not the best because we never fell. But as we come back every time we fall.
%d bloggers like this: