P.Ramlee The Musical


P. Ramlee The MusicalP. Ramlee The Musical hampir ke akhir persembahannya. Bermula persembahan di Singapura hingga ke Kuala Lumpur dari 28 Mei hingga 14 Jun.  Barisan pelakon yang mamtap iaitu pendatang baru dalam bidang teater iaitu Musly Ramlee sebagai P. Ramlee dan Emelda sebagai Azizah sehinggala pelakon teater yang hebat iaitu Liza Hanim sebagai Saloma, Atilia sebagai Junaidah dan yang paling mendapat sambutan Melissa Saila sebagi Norizan.

Menampilkan pengarah yang sememangnya tidak dinafikan kehebatannya Adlin Aman Ramli dibantu Dato’ Zahim Albakri dan nama yang gah dalam bidang muzik selaku pengarah muzik, Roslan Aziz. Dan kumpulan produksi iaitu Tiara Jacquelina.

Dan sekarang aku nak cerita serba sedikit tentang cerita ini.

Sebuah teatet tempatan yang paling mendapat tempat dihati peminat teater tempatan mahupun antarabangsa. Kalau nak cerita memang panjang nak pujipun dah tak larat mulut. Dan yang paling tak dapat nak nafikan lakonan mantap Melissa Saila serta Liza Hanim yang paling mendapat tepukan gemuruh.

Permulaan cerita cinta antara P.Ramlee dan Azizah di Pulau Pinang lakonan Emelda walaupun pendatang baru dalam bidang teater memang tidak nampak kekoknya diatas pentas.  Walaupun Nyanyiannya yang ajak lari tetapi lakonannya yang cukup mantap tidak menampakan kecacatan dalam nyanyianya.

Dan seterusnya scene P.Ramlee bersama rakannya Sukardi dalam perjalanan ke Singapura. Ini juga satu scene yang ajak menarik kerana produksinya membawa keretapi masuk ke dalam panggung juga mendapat tepukan yang gemuruh, tarian Musly Ramlee yang agak cantik dan tidak nampak kekoknya.

Perjalanan cintanya bersama Azizah dan juga Norizan satu babak yang amat menarik. Selepas itu belakunya pergolakan perkhawinan antara kedua-dua isterinya. Dan tibalah Saloma dalam hidup yang membahagiakan P.Ramlee hingga ke akhirnya. Satu babak yang amat menarik antara Liza Hanim dan juga Musly Ramlee sewaktu menyanyikan lagu Gelora.

Tetapi ada juga kelemahan, antaranya babak pertama yang agak bosan kerana tiada unsur-unsur yang boleh meminatkan hati penonton, dan dua kali berlaku kerosakan serta kesulitan set sepertia pentas tak berfungsi. Cara Musly yang cuba meniru cara P. Ramlee 100% yang mungkin menjengkelkan hati penonton. Cara Musly haruslah bersahaja dan tidak perlu meniru cara pergerakan P.Ramlee 100% dan ada juga cara yang tidak kena dengan caranya itu.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • :.Mutiara Kata.:

    Masa Lampau, Masa Sekarang Dan Masa Depan. Sebenarnya Adalah Satu... Ia Adalah Sekarang - Stove
  • :. Contemplation.:

    Pride is not the best because we never fell. But as we come back every time we fall.
%d bloggers like this: