Hari – hari KU…


Hari yang memang sibuk dan tiada masa untuk berehat. Dari pagi seperti biasa kelas dari jam 8.00 pagi hingga 1.00pm tapi Alhamdulilah kerana kelas Ekspedisi diawalkan kerana banyak perkara yang harus diselesaikan dan jam 10.30am meeting rancangan Ekspedisi di Kafe asrama. Memang satu berita gembira proposal yang aku ketengahkan untuk mengutip dana kelas diluluskan oleh pangarah Politeknik Sultan Idris Shah sendiri, Dr. Arshad.

Poster Festival Rekreasi Berkayak

Dan pada 23 Julai ini Festival kayak akan bermula anjuran Kelab Jabatan Hospitaliti dan dibawah kelolaan Program Diploma Pengurusan Pelancongan Semester 5. Aku memegang jawatan Timbalan Ketua Pengarah Projek Ekspedisi memang sesuatu kerja yang amat sukar. Selepas meeting selesai kelas 2.00pm pula bermula Sehingga jam 3.30pm. Aku ke kafe untuk membeli makanan dan dalam perjalanan pulang kebilik aku terima satu panggilan kerana ada meeting bersama pensyarah aku bergegas tak sempat menjamah makanan yang aku beli tadi, seterusnya terus ke bilik meeting sehingga jam 6.00pm untuk menyiapkan proposal Ekspedisi selama 4 hari 3 malam, boleh dikira bersyukur sangat kerana durasi ekspedisi dikurangkan dari seminggu ke 4 hari sahaja.

Seterusnya barulah aku pulang ke bilik kira-kira jam 6.30pm, dan itulah masa yang aku dapat rehat dibilik dan menjamah makanan yang aku beli dari jam 3.00pm tadi, makanan yang dah sejuk memang tak ada selera tapi tetap dijamah.

Inilah hari-hari yang harusku lalui sepanjang semester 5 ini selagi projek Ekspedisi tidak dilaksanakan. Ekpedisi tersebut akan berlangsung di Countryview Recreation Park, Jeram Besu, Pahang pada 14 – 17 November, yang membawa tema “X-treme XPDC”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • :.Mutiara Kata.:

    Masa Lampau, Masa Sekarang Dan Masa Depan. Sebenarnya Adalah Satu... Ia Adalah Sekarang - Stove
  • :. Contemplation.:

    Pride is not the best because we never fell. But as we come back every time we fall.
%d bloggers like this: