Ada Apa Dengan HATI INI.


Arghhhhh!!!! Ingin rasanya aku menjerit biar seluruh dunia tahu seksaan yang aku rasakan, seksaan yang amat dalam lukanya sehinggakan diriku rasa bagaikan mati ditikam panah duri. Ya, Allah janganlah-Kau merampas kebahagiaan yang telah Engkau berikan, kerana percayalah hambamu ini masih tidak puas dilamun kebahagiaan yang Engkau berikan, jaganlah Engkau merampasnya terlalu cepat!

Jeritan yang amat kuat kurasakan, tapi aku amat mempercayainya tiada siapa yang mendengarnya sehinggakan diriku jua tidak dapat mendengarnya. Disini saja aku dapat meluahkan segala yang terpendam,

tiada kata yang dapat aku ucapkan. Diri yang menaruh harapan begitu tinggi akhirnya jatuh ke bumi parah berdarah. Tingginya harapan Sehingga aku percaya tiada siapapun yang mampu mencapainya. Aku mula menyedari diri ini, tidak sehebat dirinya.

Diri ini menangis tiada siapa yang mengetahui, diri ini merana tiada siapa memahami, tetapi diri ini bersorak gembira ramai yang mendekati. Aku benci sama cinta yang lahir entah dari mana. Malas diri ini memikirkan sedangkan diri ini ingin benar mengetahui. Segala kata mu, suara mu, gurau mu, ketawa mu aku tidak mahu mendengarnya lagi, tetapi percayalah diri ini akan amat merinduinya suatu hari nanti sehinggakan diri ini merana dan luka bertambah dalam.

Ingin benar diri ini membuang segala memori yang pernah tercipta. Tetapi aku percaya ianya amat sukar dan tiada siapa yang dapat memaksa, hanya waktu dan ajal yang boleh memisahkan. Kenapa engkau hadir?, kenapa harapan aku terlalu tinggi?, kenapa?, aku sendiri menanti jawapnya.

Semua ini berlaku bukan kehendakku, malam ini aku keseorangan untuk meniti masa yang amat memeritkan. Dan malam ini jua baru aku menyedari, hanya aku yang menaruh segalanya. Malam temanilah diri ku yang dalam kesengsaraan.

“Seiring camar pulang setia pada janji, itu doaku, selama ini”.

Maafkan ku jika sekiranya warkah ini menggangu hidupmu, maafkan ku jika warkah ini membuatmu bertambah benci terhadap diriku, percayalah diri ini akan cuba menjauhkan diri. “Pergi sudah tinggalkan aku, ku tak ingin engkau ada kembali lagi kedalam cerita hidupku ini”.

Aku tak mampu berjanji lagi bahawa aku akan menunggu seribu tahun lagi, mahupun mengejarmu seribu batu lagi.

Cukuplah penderitaan yang sering aku terima biarlah seribu kali aku terima penderitaan ini. Sekarang aku redha dengan kehendak-Nya, kerana aku tahu yang terbaik telah diatur oleh-Nya untuk diriku.

Comments
3 Responses to “Ada Apa Dengan HATI INI.”
  1. HafizAds says:

    itulah yang terbaik.suka baca perjalanan hidup awak.dlm masa yg sama amat kagum dengan kekuatan dan ketabahan awak.
    Salam Sahabat!

  2. shah says:

    huhuhu tu la sai.. ayt ko gempak. smart2.. thanks 4 ur commnet on my blog.. salam..

  3. crazylove says:

    HafizAds & shah – Thanks!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • :.Mutiara Kata.:

    Masa Lampau, Masa Sekarang Dan Masa Depan. Sebenarnya Adalah Satu... Ia Adalah Sekarang - Stove
  • :. Contemplation.:

    Pride is not the best because we never fell. But as we come back every time we fall.
%d bloggers like this: