Ada Apa Dengan Bak Kata Orang


 

“Bak kata orang-orang tua”. Kita sering cakap benda ni kalau nak buat perumpamaan. Perumpamaan jugak sering digunakan untuk mendidik mentaliti dalam masyarakat. Kat sini pendapat saya mengenai “bak kata orang”.

Ini hanya pendapat tidak bermaksud untuk menyindir ataupun ditujukan kepada individu yang masih hidup mahupun yang meninggal dunia.

 

Meluntur buluh biarlah dari rebungnya

  • Ini perumpamaan jika ingin mendidik anak supaya menjadi orang berguna pada masa hadapan contohnya jika inginkan anak menjadi penari kita haruslah mendidik dari kecil. Betul tu….
  • Tapi bagaimana dengan adat sopan dengan orang tua. Kebayakan kanak-kanak sekarang dah pandai kurang ajar ngan orang tua sejak umur mereka tidak mencapai 3 tahun lagi. Jika anak-anak ini memukul kita yang lebih dewasa yang umurnya beza sehinggakan 15tahun bezanya kita tidak patut memukulnya kerana alasannya “budak-budakkk tak tahu apa-apaaa, apalahhhh yang dorang tahu…..”, hurm… bagaimana pula dengan situasi macam ini, bukankah meluntur buluh biarlah dari rebungnya…… jika mahu anak-anak menghormati orang tua kita patut memarahinya bukan….. tapi…… pelikla…. Dunia-dunia cakap tak serupa bikin….. ish ish ish…..

Cinta itu buta

  • Boleh masuk akal kew untuk digunakan dalam zaman globalisasi ini… kerana secara peribadi saya melihat sekarang cinta itu mempunyai MATA? Buktinya….
  • Sekarang semua dah pandai memilih pasangan hidup kalau boleh nak yang sempurna sehinggakan inginkan yang sempurna dimata la… ala… nak yang cantik, lawa, manis, kacak semualah… bukan kah itu membuktikan cinta mempuyai MATA… nak pilih yang sedap dimata… hurm….. cinta itu buta??? Tak boleh pakai la…..

Anggaplah itu separuh dari dugaan/ujian Tuhan

  • Memang betul pun ungkapan ini….
  • Tetapi jika kita fikir sejenak anda pasti seksaan atau penderitaan yang anda terima itu dugaan? Mungkin jua itu BALASAN tuhan. Baik kita fikir semula jika kita menerima musibah daripada Tuhan lebih baik kita fikir apakah salah dan silap kita…mungkin kita pernah membuatkan perkara yang serupa dengan makhluk lain ataupun dosa kita pada-Nya… jadi secara tak langsung kita lebih dekat dengan Tuhan Yang Esa iaitu Allah s.w.t. betul tak?????? Kan…….

Apa yang terjadi ada hikmah disebaliknya

  • 100% saya setuju…. Memangpun mungkin itulah jalan yang Allah ingin tunjukan pada kita….
  • Tapi kan apabila saya fikir semula bukankah apa yang berlaku itu melambangkan siapa diri kita dan apa yang kita telah lakukan pada masa lampau. …. Atau masa zaman nenek-nenek dulu kan…..
  • Contohnya jika kita menderita kerana kehilangan seseorang pada waktu sekarang kerana mungkin dahulu kita penah melakukannya kepada orang lain pada masa dahulu… melarikan diri untuk menerima cinta atau sebagainya la….. kerana ini bukan hikmah dari Tuhan, mungkin ini balasan dari Tuhan pada kita supaya merasai apa yang dirasa oleh orang yang pernah kita kecewakan dahulu….. ok tak perumpamaan ni????

Dari mata turun ke hati

  • Memang betulpun perumpamaan orang dulu dulu ni…..
  • Tapi jika mata tidak dapat melihat (bukannya buta) manakan hati ingin terpaut…. Kerana mata hanya dapat melihat luaran sahaja… dalaman??? Mata boleh lihat kew???? Mustahil la…. Lainlah ada kuasa ilmu hitam….
  • Ini kerana hatilah yang mentafsirkan kejujuran ataupun kaikhlasan seseorang… memang betul hati tidak ada mata.. tapi pernah tak dengar satu ayat ni… “Mata Hati” inilah yang saya maksudkan…. Kerana jika kita menyoalkan mengenai MATA ada yang terkecuali iaitu orang kurang upaya iaitu orang buta, tapi jika kita menyoalkan tentang MATA HATI semua ada, termasuklah orang yang BUTA MATA…… betul tak????

Cinta tidak boleh dipaksa

  • Itu benar jika hanya cakap kosong ataupun ala… cakap mulut jew kata orang…
  • Tapi sedar tak bahawan cinta memang tak boleh nak paksa tapi…. Cinta boleh dipupuk….. sebab apa saya cakap macam ni.. jika kita tak suka pada sesuatu itu, kita tak perlu paksa untuk menyintainya kerana lama-kelamaan cinta itu akan datang jua… benci itu akan pergi…. Pupukla cinta itu bukan dipaksa jika dipaksa cinta itu akan bertukar menjadi benci pulak….
  • Percayalah….. (lagu SITI NURHALIZA) huhuhuhu

Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya

  • Tak gunalah kalau dah jadi kita nak meyesalkan….
  • Tapi contohlah ok…. Kita tak tahu pun apa yang kita lakukan ini akan membawa penyesalan… dalam situasi ni kita lihat jika kita meluahkan hasrat hati pada seseorang, kita ingat benda ni akan menyelesaikan masalah yang terpendam dihati tapi sebenarnya tak…. Macam mana pulak kalau macam tuh kan…. Kerana kita amat yakin ini akan meyelesaikan masalah dan memang ini jalan penyelesaian pun…. Sebab itu pendapat semua orang dari 10 org, 9 org suruh berbuat demikian… hurm…. Macam mana nak umpamakan benda ni kan???? Pelik la….

Jangan berumah ditepi pandai jika takut dilambung ombak

  • Kalau dah tak berani nak terima risiko janganlah ikut jalan tu kan…. Ni tak dah tahu benda tuh risiko lagi nak buat jugak….
  • Kalau sesuatu itu kita tak tahu pun benda itu ombak.. kita sangkakan hanya angin bayu lembut meyapa pipi, rupanya tsunami melanda badai… macam mana pulak….
  • Ish nak berpuitis pulak kenapa….. ok macam ni la senang cerita umpamanya, jika kita berkawan dengan seseorang yang lebih bagus dari kita dan hubungan semakin erat dan rapat… kita pun mula meluahkaan perasaan tapi ditolak, macam mana hati ketika itu…. Tentunya hancur berderai kan… ha… macam tuh la…kita tak tahu pun si-dia rupanya ombak tsunami yang disangkakan hanyalah angin bayu menyapa pipi…… hurm….. fikir jugak ni…..

Kawan biar beribu, berkasih biar satu

  • Perumpamaan ini memang 100% tak sesuai digunakan pada waktu sekarang… ala zaman globalisasi la… ataupun zaman millennium ni……
  • Sebabnyer sekarang ni berkasih memang satu tapi ber”skandal” ni beribu lebih ramai dari kawan ni… hurm…. Ke pepatah ni kena ubah jadi macam ni “berskandal biar beribu,berkasih biar satu”….. kan…….

Maaflah jika ada yang tidak setuju 100% ungkapan saya ni… ini hanyalah pendapat sebagai insan biasa yang sering melihat dunia luar…. Dunia ni memang baynak mulutnya yang kebayakannya “cakap tak serupa bikin”, apa la…. Pelik bin ajaib namenyer… saya bukan nak ubah mentaliti mesyarakat tetapi anggaplah ini sebagai pendapat ataupun ngomong kosong sahaja…….. Salam.

Comments
6 Responses to “Ada Apa Dengan Bak Kata Orang”
  1. areenalie says:

    Kadang-kadang masih boleh dipakai kata-kata orang dulu ni..masih signifikan hingga sekarang betul tak?hehe..

  2. crazylove says:

    areenalie
    betul tuh… cuma mungkin tanggapan masyarakat tuh yang tak pasti… sebenarnya ini cakap org yang suke mengkritik macm aku lor….. hehehehe🙂

  3. mahsyar90 says:

    kadang-kadang saya suka guna kata-kata org dulu2 ni untuk sakat orang..hehe

  4. "eS@RLi" says:

    EhEhEhE.. mMg dEr sEsEtGh pErUmPaMAan oRg dUlU2 NaMpAk mCm x mAsOk aKaL.. tP AdEr yG BlH D TrImA PaKaI N MASiH ReLeVaN.. ^_^

  5. crazylove says:

    mahsyar:
    kata org dulu2 boleh mematikan perbalahan….

    HafisAds;
    no komen ew….

    eS@RLi:
    tgk keadaan jugak….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • :.Mutiara Kata.:

    Masa Lampau, Masa Sekarang Dan Masa Depan. Sebenarnya Adalah Satu... Ia Adalah Sekarang - Stove
  • :. Contemplation.:

    Pride is not the best because we never fell. But as we come back every time we fall.
%d bloggers like this: