Review Slot Zehra – Janji Kekasih


Credit – Budiey, ezy4u, oh malaysia

TV3

Satu cerita yang menarik perhatian Pangeranz, iaitu Janji Kekasih dari slot Zehra pada hari Jumaat di TV3. Drama 13 Episod ini mengisahkan pergolakan jiwa hati seorang hamba-Nya yang sering melakukan kesilapan. Lakonan hebat dari Jue Aziz yang membawa watak Karina – seorang remaja “rewang” yang berusia 20an dan masih belajar, pergolakan hubung kekeluargaan yang mungkin punca utama.

Drama ini mengisahkan perbezaan antara kehidupan yang penuh mengikuti landasan agama, kekayaan serta keseronakan hidup diatas muka bumi-Nya. Menanpilkan Karina seorang remaja yang hidup derba kemewahan dan baginya wang ringgit tidak menjadi masalah baginya, dan rakan sebiliknya Aliyah yang cuba menasihati supaya Karina berubah sikap dan tidak jemu melayan sahaja kerenah Karina.

Muncul pula seorang  jejaka yang hidupnya sentiasa di lantasan-Nya yang sebenar. Syah lakonan Fezrul Khan iaitu anak kepada Haji

Janji Kekasih

Safuan lakonan Jalaludin Hassan serta Hajah Hashima lakonan Erma Fatimah. Tanpa disedari Syah telah menyukai Karina, walaupun pada hakikatnya Aliyah amat menyukai Syah.

Hati Karina gelisah apabila mendengar puisi keinsafan. Apabila Karina mengenali Syah, ianya membuatkan Karina semakin dekat untuk mengenali Islam yang sebenarnya Islam. Namun tidak semua menyenangi perubahan positif Karina, Aliyah yang selama ini menyukai Syah,dengan redha mengundurkan diri. Manakala Zarul, bekas kekasih Karina pula bertindak ekstrim melanggar Syah hingga dia cedera parah.

Tempoh pemulihan Syah telah menemukan Karina dengan keluarga Syah yang tidak putus-putus memberi semangat kepadanya untuk terus mencari kebenaran dan kedamaian hati. Namun dalam angan-angan dan mimpi indahnya, Karina dikejutkan dengan pengesahan doktor yang dia diserang barah paru-paru akibat pengambilan rokok dan arak dalam usia yang masih muda. Walaupun hatinya remuk dan kecewa, Karina redha dengan nasib diri dan menganggap inilah balasan Tuhan atas kelalaian dan perbuatan masa lalunya.

Persoalannya, bagaimanakah perhubungannya dengan Syah setelah mengetahui tempoh hayatnya hampir tiba? Mampukah Karina terus merahsiakan keadaan kesihatannya daripada insan yang dicintai dan keluarga walaupun didesak Aliyah? Adakah Aliyah bersedia untuk mengambil tempat Karina di hati Syah? Nantikan jawapannya menerusi drama Janji Kekasih, di slot Zehra TV3, mulai 11 Jun 2010, setiap Jumaat, jam 9.00 malam.

Pena Creative Picture

Bagi Pangeranz ini adalah satu cerita yang paling sesuai, kenapa?. Ini jawapannya, sewaktu Pangeranz tengok cerita “Wanita Berkalong Sorban”, Pangeranz pernah cakap dengan kawan Pangeranz :

Pangeranz : Kenapalah cerita mesti macam ni, orang yang beriman kena cari orang yang beriman juga, habis orang yang kurang iman, kena terkapai-kapai kew, dan tiada siapa nak berikan tunjuk ajar.

Kawan : Nanti kita mintak produksi Malaysia buat cerita orang beriman cari orang yang kurang iman nyer yer……

Pangeranz : Harap jew la..

Dan sekarang Alhamdulillah, mungkin Akak Ziela Jalil dengar perbualan kami dulu. Sebab cukup meluat dengan cerita Perempuan Berkalong Sorban itu sebab macam tiada motif, memang betul untuk memilih calon suami atau isteri haruslah mencari yang beriman, tetapi sekarang ini taknak ke kita mendidik manusia supaya lebih beriman, kerana orang-orang yang macam ini hanya dengar nasihat dari orang yang mereka sayangi sahaja, kan dapat pahala jika kita memberi tunjuk ajar supaya berjalan dilandasan-Nya yang sebenar.

Beberapa Scene yang Pangeranz suka dari episod 1 hingga 4

  1. Episod 1, dimana Hajah Hashima dan Haji Safuan. Dimana Hajah Hashima menangis sambil berkata “kenapalah dia buat kita

    Erma Fatimah dan Jalaluddin Hassan

    macam ni bang”, merujuk kepada Fika, Iaitu anak mereka yang dahulunya liar, lari dari rumah dan selepas 7 tahun dan ingin kembali ke rumah. Sebab Pangeranz turut menitiskan air mata. Credit to Erma Fatimah, dan Jalaludin Hassan
  2. Episod 3, dimana Rukayah lakonan Almy Nadia, kawan baik kepada Aliyah, sambil mengumpat Karina dengan Syah, inilah yang Pangeranz cakap, mentality masyarakat yang orang beriman hanyalah layak dengan orang beriman, tetapi Aliyah cakap “Alhamdullilah kalau Syah sukakan dia, mudah-mudahan Syah dapat bimbing dia, saya tengok Karina tu macam jiwanya kosong, macam layang-layang yang terputus talinya, hilang arah, dan saya tahu dia nak keluar daripada kegelapan tu, siapa lagi nak bimbing dia kalau bukan orang yang dia sayang dia kan.”. Credit to Ayu Raudah dan Almy Nadia
  3. Episod 4, dimana Syam (Amran Ismail) dan Syah berjalan di kaki lima. Ini lagi sorang mentaliti masyarakat. Syam cakap “Kalau nak berkawan, nak berteman cari yang sesuai”,”Karina siapa yang tak kenal dia kat universiti ni, kaki rewang tu”,”Gila, kau nak campur dengan budak-budak motor tuh Syah?,Rosak masa depan kau Syah, rosak”. Dan yang Pangeranz suka bila Syah cakap “Syam, orang-orang macam ni la kita kena dekat sebenarnya…..”. Credit to Fezrul Khan dan Amran Ismail
  4. Episod 4, Syam (Amran Ismail) dan Syah menyaksikan pergaduhan Karina dan Ibunya. Pangeranz geram betul dengan Syam ni, tak habis-habis nak burukan Karina tu.

Pelakon-pelakon Janji Kekasih

  • Jue Aziz – Karina
  • Fezrul Khan – Syah
  • Putri Sarah Liyana – Syafika
  • Ayu Raudhah – Aliyah
  • Almy Nadia – Rukayah
  • Dato’ Jalaludin Hassan – HJ Safuan
  • Erma Fatimah – HJH Hashimah
  • Marisa Yasmin – Puan Marina
  • Noramy Nadia – Balqis
  • Erry Putra – Zarul
  • Shah Farid – Pak Jalil
  • Amar Baharin – Azmi
  • Mustapha Kamal – En Hashim
  • Amran Ismail – Syam
  • Iqram Dinzly – Akmal
  • Fadhil Dhani – Ramli
  • Ary Malik – Safura
  • Zaryn – Zetty
  • Farid Wari – Fazlan
  • Maya Matahari – Guest Artis

Penerbit : Puan Hajjah Ziela Jalil

Director : Mohamed Feroz Kader

OST Janji Kekasih :

Ketulusan hati (Marshanda) (Clik Here)
– episod 8 – selepas pertengkaran Karina dan Puan Marina mengenai kemalangan yang dialami Syah

Ayu Shita – Tuhan Berikan Aku Cinta (Clik Here)
episod 9 – selepas perbincangan diantara Safura dan HJ Safuan, mengenai derma darah oleh Karina kepada Syah

Marshanda – Astaghfirullah (Clik Here)
episod 9 – ketika buat pertama kali Karina tunduk menyembah Allah SWT

Opick Feat Amanda – Maha Melihat (Clik Here)
episod 10 – flash back Karina mengenai kisah silamnya

(p/s : untuk Download lagu OST Janji Kekasih, PadaMu Ku Bersujud – Afghan, Clik Here)

Review on Twitter

Tweet

Tweet

Tweet

Tweet

Comments
40 Responses to “Review Slot Zehra – Janji Kekasih”
  1. irengmanis says:

    stiap kali tgk crita nie.. msti meleleh… crita nie sgt dekat dlm diri ini
    Jue Aziz.. puji sgt lakonan diaa.. i strted like her so much
    fezrul khan.. u made so proud as johorian

    i just love janji kekasih…

    smg usaha berdakwah kalian di berkati..
    amin

  2. zana says:

    satuju dengan pangeranz, sebab cerita wanita berkalong sorban tuh macam tiada massage yang disampaikan sebenarnya. tapi cerita ni amat bermakna, sbb kita kene memimpin manusia kejalan yang benar, dan manusia yang sudah dilaluannya alhamdullilah la kan…..

  3. firus says:

    owh Ziela Jalil ke penerbit….patut la cerita best……
    congrat Ziela Jalil…….

  4. irengmanis – yes…jue aziz memang pandai bawak watak cam tuh…orang johor kew???
    zana – akhirnya ada juga orang yang bersetuju…huhuhuhu
    firus – yer…akak ziela memang hebat….congrat too.,….

  5. Ziela jalil says:

    Assalamualaikum, thank you so much adik. I really appreciate ur possitive comments and to all who reads ur blog who give the same support. Sokongan dan dorongan dari peminat-peminat seperti Umarlah yang Akan memberi dorongan buat kami untuk menerbitkan drama-drama yang berkualiti, syukur kepada Allah kerana memberi kesempatan untuk syarikat kakak menerbitkan karya sedemikian mudah-madahan dapat memberi manfaat kepada penonton semua. Harapan kakak untuk terus berdakwa menerusi pernerbitan PENA CREATIVE PICTURES SBD BHD terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan drama bersiri “JANJI KEKASIH’ di tv3 setiap jumaat 9pm

  6. Thanks kak….saya dah agak, akak mesti tak lupa punya la….
    apa pun saya memang suka cerita ni….
    amat menepati……..
    Congrat PENA CREATIVE PICTURES SBD BHD..Congrat akak ku Ziela Jalil!!!!

  7. Siti Shahidanafisah says:

    As’salam…….

    Saya nak tanya mengenai lagu yg ada dlm ep5 “Solawat Nabi” dan “Astarfirullah” nyanyian siapa….????
    Terima Kasih…………..

  8. Siti Shahidanafisah – Ahdad Alwi..itupun akak Ziela Jalil bagi tahu…hehehe

  9. zuraidah says:

    episod 5 – geram pula tgk rukayah….
    nak congrat juga pada ziela jalil

  10. koala says:

    hi,
    just walking around your blog..sbb minat dgn cite ni..
    nak tanye selain dari lagu afgan – ku bersujud tu kan.. ade lagi satu lagu yg menarik perhatian,.. penyanyi wanita.. slow je music die.. nak tanye if u tahu ape tajuk n sape penyanyi die?,..

    thanks a lot.

  11. koala – thanks koala….i dah tanya kak ziela….tunggu jawapan…dapat jawapan saya bagi tahu…

  12. iebad fzka says:

    xpenah tgk pon cite nie..sekali jer masa mule2 kuar dlu..hahahhaa.lama xtgk tv..bz katanya..

  13. Ko kn tgk citew tuh…tgk la kt web TV3

  14. kn bagus kalu drama mcm ni selalu dipertonton sgt myentuh jiwa dan jln cerita yg baik,,,tahniah..
    barisan pelakon juga tip top..ini yg kita mahu sbg penonton..bknnye promosi je gempak tp bile dah tgk hampeh la…semoga selepas drama janji kekasih ni ade lg drama yg bagus dan tidak mmbosankan penonton..mcm ni baru la penonton nk sokong industri kite…berbaloi…ade kelainan x tiru n ciplak cerita lalin..ade mesej yg boleh disampaikn kpd penonton…jgn buat drama o film yg bg penonton rase buang mase n menyampah nk tgk…kena tau ape yg penonton nak..jgn buat cerita yg penuh dgn pelakon gedik je..well done to all yg terlibat dlm drama ni…

  15. Itulah yg menunjukan wajah drama melayu makin barkembang, dan sepatutnya drama melayu laen haruslh manjadikn drama ini sbg panduan untuk menghasilkn drama yg terbaik.

  16. sue says:

    saya nak tahu tajuk lagu dan nama artis prempuan yang bawa lagu dlam cerita ni….yang pasti bukan lagu marshanda ketulusan hati…

  17. soraya says:

    Just like Koala, I pun tengah cari tajuk lagu, lagu dan penyanyi…sedap!

  18. Soraya ,sue n koala : i try to find the answer…

  19. the darling says:

    I am following this slot…..cuma….sama mcm yg lain2….i am soooo keen to know siapa penyanyi dan apa tajuk lagu…hmmm…bukan ketulusan hati….bukan astaghfirulllah….somehow…macam ada duet…between lelaki dan perempuan…beat quite fast…huuhuuu…pleaseee

  20. Moon says:

    Salam…minat sgt tgk cite nie..byk pengajaran dpt di ambil…tp tgh mencari tajuk n nama penyanyi yg nyanyi lagu slow dlm cite tue..penyanyi wanita n lelaki..dh lame mencari tp still xdpt tajuk lagu…harap sape2 yg thu kongsi ekk…

  21. kepada : sue, soraya, the darling, Moon
    Pertanyaan bakal terjawap…jeng jeng jeng

    Ketulusan hati (Marshanda)
    -episod 8 – selepas pertengkaran Karina dan Puan Marina mengenai kemalangan yang dialami Syah

    Ayu Shita – Tuhan Berikan Aku Cinta
    – episod 9 – selepas perbincangan diantara Safura dan HJ Safuan, mengenai derma darah oleh Karina kepada Syah

    Marshanda – Astaghfirullah
    – episod 9 – ketika buat pertama kali Karina tunduk menyembah Allah SWT

    Opick Feat Amanda – Maha Melihat
    – episod 10 – flash back Karina mengenai kisah silamnya

  22. saya pun teramat suka dgn citer nie….. penuh keinsafan. Tahniah utk pena creative, pengarah, penulis skrip, pelakon2 & sume yg terlibat terutama jue aziz…awak mengkagumkan….. tp pelakon yg lain pun mmg yg terbaik saya rasa. Citer nie begitu dekat di hati saya. Terasa sedih kerana citer tinggal 2 episod saja lagi.

  23. leona says:

    xsbr nk tgk episod 13 …thumbs up to penerbit!!

  24. yusliana says:

    blh x bgatu tajuk lagu masa mula2 syah tengok karina bertudung (ya rabbana rabbana ) minit ke 5.13 episod 10, plzz ye.. penat dh cari..

  25. munir says:

    saya sngt teruja..

    Pada mulanya sy tidak tahu kehadiran drama ni.. Agak sibuk xsmp nk tgk tv.. Sy hanya melihat poster ‘janji kekasih’ di lift media prima. Walaupn slalu tgk poster itu, langsung tidak menarik perhatian sy.

    1hari sy tertonton drama ini, entah episode brp, time tu jue aziz brtudung dtg menemui ibunya dan dimarahi oleh ibunya.. Terdetik ‘mengapa dan kenapa’ ruginya xtgk cter ni dr awal.

    Time sahur ada ulangn yg lepas2. Thx 2 firdaus bmg tv3 yg buat initisari rancangan. Setiap sahur msti kena tgk la.. Dr situ drama melayu ini lah yang terbaik. Lakonan ayu raudah, jue aziz dan almy nadia. Amat dahsyat. Padu!! Tak sangka jue aziz ni hebat.. Ayu raudah tetap sma mcm dlm nurkasih.

    Tentang OST janji kekasih adalah terbaik. Semua lagu2 nya sudah saya dgr sebelum mengetahui drama ni..

    Sy tidak bersetuju yg mgatakan ‘perempuan belakong sorban’ tiada motip. Cerita ni ada baiknya juga. Msti ada yg disampaikn oleh pengarahnya. Setiap apa yg berlaku ada hitam dan putih.

    Maaf. Sy hanya memberi pendapat..

  26. munir says:

    saya sngt teruja..

    Pada mulanya sy tidak tahu kehadiran drama ni.. Agak sibuk xsmp nk tgk tv.. Sy hanya melihat poster ‘janji kekasih’ di lift media prima. Walaupn slalu tgk poster itu, langsung tidak menarik perhatian sy.

    1hari sy tertonton drama ini, entah episode brp, time tu jue aziz brtudung dtg menemui ibunya dan dimarahi oleh ibunya.. Terdetik ‘mengapa dan kenapa’ ruginya xtgk cter ni dr awal.

    Time sahur ada ulangn yg lepas2. Thx 2 firdaus bmg tv3 yg buat initisari rancangan. Setiap sahur msti kena tgk la.. Dr situ drama melayu ini lah yang terbaik. Lakonan ayu raudah, jue aziz dan almy nadia. Amat dahsyat. Padu!! Tak sangka jue aziz ni hebat.. Ayu raudah tetap sma mcm dlm nurkasih.

    Tentang OST janji kekasih adalah terbaik. Semua lagu2 nya sudah saya dgr sebelum mengetahui drama ni..

    Sy tidak bersetuju yg mgatakan ‘perempuan belakong sorban’ tiada motip. Cerita ni ada baiknya juga. Msti ada yg disampaikn oleh pengarahnya. Setiap apa yg berlaku ada hitam dan putih.

    Maaf. Sy hanya memberi pendapat…

  27. min says:

    congrat kat penerbit ..cite menarik.penuh keinsafan.

    cuma nak bagi pandangan sikit pasal lagu2 dalam drama…

    Sume lagu bagus2 tapi next time hopefully guna lah lagu dakwah tempatan..
    banyak lagu nasyid tempatan cam dari (raihan,hijjaz,rabbani) yg menarik n sesuai dalam drama…

    dgn cara cam tu,lagu dakwah tempatan mendapat publisiti yg meluas.

  28. sweetrussyaya – kita terus menonton yer…kekadang amat amat kesian dengn nasib jue aziz dlm cerita ni….
    leona – mlm ini…..
    yusliana – nanti saya cuba dapatkan jawapannya…..
    munir – tak salah sebab setiap individu ada pendapat masing masing, dan ini hanya pendapat saya sahaja….saya harap dpat tgk cerita perempuan berkalong sorban sekali lagi dan cari apa yang tersirat…ok peace!
    min – saya pun ada terfikir mengenai perkara ini, nanti saya cuba maklumkan pada penerbit…huhuhu, tetapi mungkin tiada yang sesuai agaknya….

  29. FiQa says:

    Saya juz nak komen skit bout penggunaan ‘MasyaAllah’ dalam citer ni.
    Kebanyakan nya disebut oleh Aliyah (Ayu Raudhah).
    Penggunaan MasyaAllah untuk menyatakan pujian ke atas Allah jika melihat sesuatu yang hebat, indah, cantik dsb.
    Tapi dalam citer ni watak Aliyah ada menggunakan MasyaAllah kerana Ruqayah yang selalu salah anggap, melihat sesuatu yang tidak baik dsb.
    Diharap dapat memperbetulkan.
    Overall citer ini best dan ada mesej jelas.

  30. ieqah says:

    caye lah pn ziela….cita nie mmg best..meleleh air mata..terutamnya episod 13…. boleh dikatakan episod 13 nie, mmg air mata sy x henti2 keluar….sy rs nielah antara cita melayu yg sy tunggu2 selama ni..mmg menyentuh hati dan msg yg nak disampaikan, mmg sampai kat penonton…dan crita ini dpt mmbuktikan, x semestinya org beriman x boleh berkawan dgn sapa2 yg kurg ilmu agamanya..x salah nak berkwn dgn org yg kurang ilmu agama..kerana, ia dpt membimbing mereka ke jln yg benar.. syabas JANJI KEKASIH

  31. muhammad firdaus says:

    eermm..kpd tuan empunya blog nie-pangeranz.jauh mrantau nak mncari lagu2 nieh..time kasih bnyak..cerita ni da ending pon..mmang wajib dtonton oleh semua..hkikat ksah remaja sekarang..mmang sedih n mnyayat hati.nak nangis x le , mak ade bia mak yg nangis, haha..harap semua boleh ambil iktibar,pngajaran n intipati cerita ini.

  32. FiQa – iyer saya pun perasan, sepatutnya MasyaAllah ditukarkan kepada Astagfirrullahhal’azim….. Btw thanks!🙂

  33. aida says:

    salam tuan rumah..sy puas dh carik lagu yang dlm episod last, mase jue aziz meninggal tu..ya allahu ya rahman, ya alim…ape tajuknye ye? lagu sape? please…thanks in advance..

  34. aida – saya dah tanya kak ziela, jawapan kak ziela – Marshanda

  35. hayati mn says:

    pelakon yg dipilihdpat menghayati lakonanya dengan baik. mesej yg disampaikan amat mendalam. cerita ini sungguh bagus untk ditonton. :)))

  36. Afifah says:

    Assalamualaikum.. nak tanya ni
    Boleh x bg semua lagu dalam drama janji kekasih..
    x silap ada lebih sepuluh.. yg ada kt blog ni bru sebahagian
    ada lagu 2 perempuan yang nyanyi and melodinya sedap sangat macam guna music box kowt..
    hehehe hentam sajalah..

  37. Kasu says:

    janji kekasih memang hebat storynye ! hebat juga pelakonnye mengendalikan motosikal berkuasa tinggi iaitu Erry Putra yang menunggang jentera tak silap saya Yamaha R1 dan Jue Aziz yang menunggang Kawasaki ER6N. fuh ! mmg hebat la..

  38. Kasu says:

    janji kekasih mmg hebat storynye ! hebat juga pelakonnye mengendalikan motosikal berkuasa tinggi iaitu Erry Putra yang menunggang jentera tak silap saya Yamaha R1 dan Jue Aziz yang menunggang Kawasaki ER6N.. fuh !.. mmg hebat la..!

  39. wawa syaida says:

    cite ni mmg bagus…ngah cari lagu slow dalam cite ni…suara ala-ala gita gutawa….penyanyi perempuan…bukan marshanda dan ayu shita….dh try cari tapi xjumpa =(

  40. izan says:

    salam lebaran semua…..
    ruginya saya tak dapat nak tengok episod akhir janji kekasih…. so kat mana yer boleh saya tonton last episod drama nie…plssssssssss

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • :.Mutiara Kata.:

    Masa Lampau, Masa Sekarang Dan Masa Depan. Sebenarnya Adalah Satu... Ia Adalah Sekarang - Stove
  • :. Contemplation.:

    Pride is not the best because we never fell. But as we come back every time we fall.
%d bloggers like this: