Bila Lelaki Menangis


Bila Lelaki Menangis

Amaran! Entri ini agak emosi. Jika tidak mahu teremosi sama, jangan baca!

Menangis selalu dikaitkan dengan wanita. Wanita lebih mudah melepaskan emosi duka mereka dengan tangisan. Menangis juga adalah senjata bagi wanita. Tetapi bagaimana dengan lelaki?

Lelaki sukar untuk menangis kerana ego! Yakah? Dari pengalaman aku, lelaki akan menangis apabila,

1. Ditimpa Masalah – lelaki akan menangis apabila ada sesuatu yang menimpa mereka secara bertubi-tubi dan terlampau. Mungkin situasinya bertemu dengan kebuntuan untuk meleraikan masalah yang agak besar!
2. Sakit – lebih malang apabila sakit tersebut menyebabkan sehingga si lelaki tidak mampu untuk menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Sukar untuk mencari bekerja dan mencari nafkah untuk keluarga tersayang. Melihat air muka isteri dan anak-anak yang turut memikul beban tersebut akan menyebabkan si lelaki mengenang nasib dan menangis.
3. Cinta – dalam hubungan antara lelaki dan wanita kebiasaannya wanita menjadi mangsa tangisan. Tetapi lelaki juga mampu untuk menangis jika cinta pengarang jantung tidak menjadi atau lebih sedap berbunyi cinta terkondem di tengah jalan (hu3). Perlu dilihat dari segala sudut dan sejauh mana perjalanan lebuhraya cinta tersebut terjalin. Gagal mengekalkan hubungan dan mendapatkan cinta tersebut maka tangisanlah jadi peneman. Tangislah dari melakukan perkara gila seperti yang kerap berlaku kini iaitu ‘bunuh diri’.
4. Anak – pelik? Oh! Tidak, tidak perli sebenarnya. Sebagai lelaki yang punyai tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan menjalankan amanah Allah, lelaki menangis apabila melihat anak-anak yang jatuh sakit. Ini kenyataan kerana kasih sayang seorang bapa tidak akan putus. Lelaki jenis ini berfikiran anak adalah segala-galanya dan mungkin juga fikir , “bukan senang nak buat anak dan menjaganya (hu3)”.

Cukuplah setakat perkongsian ini. Antara pengalaman yang amat berharga bagi seorang lelaki apabila ia pernah terjadi ke atas dirinya. Percayalah walau sekeras mana lelaki ketika bujangnya, apabila kamu sudah berumahtangga atau punyai tanggungjawab, kamu akan rasai kelainannya.

Credit to : Mohd Izal Fadli (Along)

Comments
One Response to “Bila Lelaki Menangis”
Trackbacks
Check out what others are saying...
  1. […] This post was mentioned on Twitter by Fezrol Hezry, Umar Chong. Umar Chong said: Bila Lelaki Menangis: http://wp.me/pd6Df-ij […]



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • :.Mutiara Kata.:

    Masa Lampau, Masa Sekarang Dan Masa Depan. Sebenarnya Adalah Satu... Ia Adalah Sekarang - Stove
  • :. Contemplation.:

    Pride is not the best because we never fell. But as we come back every time we fall.
%d bloggers like this: