Dari Siti Nurhaliza


Sokongan peminat…

Siti Nurhaliza BlogAssalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. Harapan Siti agar semuanya sihat seperti biasa dan berada dalam keadaan yang baik-baik belaka.

Nampaknya agak lama juga Siti tak menulis di sini tetapi tidak mengapalah kerana Siti sentiasa mengikuti perkembangan anda di sini termasuklah permintaan anda untuk tidak memaparkan message board kepada bukan ahli di sini buat sementara waktu.

Apa pun yang anda rancangkan, yang anda fikirkan dan anda lakukan, Siti di sini sentiasa menyokong kerana laman ini adalah tempat kita dan semestinya Siti akan selalu mendengar apa jua permintaan anda kerana di sinilah kita dipertemukan dan persaudaraan itu terjalin.

Mungkin karier Siti senyap seketika tetapi bukan bermakna goyang kaki kerana banyak perkara sedang bergerak.

Siti juga gembira kerana SNP sudah mengeluarkan single Sairah berjudul Hero Wayang yang sudahpun dimainkan di radio, bakal menyusul nanti single Saida dan seterusnya album Coda.

Segalanya akan berlaku tidak lama lagi dan harapan Siti agar anda semua menyokong artis-artis SNP yang lain kerana ini adalah usaha Siti untuk memberikan sesuatu kepada industri muzik kita.Siti juga sudah tidak sabar melaksanakan pelbagai rancangan yang terdapat dalam agenda SNP, bagi Siti semua ini berkaitan dengan sokongan anda selama ini. Semangat anda membuatkan SIti tidak mudah mengalah untuk meneruskan sesuatu yang boleh dikongsi bersama anda. Doakan agar apa jua yang kami akan jayakan akan mendapat keberkatanNya dan juga sokongan and serta pihak-pihak lain juga.

Setakat ini buat masa ini.Nantikan kahabar Siti lagi.

Salam mesra buat semua, Siti Nurhaliza.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • :.Mutiara Kata.:

    Masa Lampau, Masa Sekarang Dan Masa Depan. Sebenarnya Adalah Satu... Ia Adalah Sekarang - Stove
  • :. Contemplation.:

    Pride is not the best because we never fell. But as we come back every time we fall.
%d bloggers like this: