Lentera Timur ku persembahkan…


Siti NurhalizaAssalamualaikum dan salam bahagia buat semua. Salam Maal Hijrah dan salam tahun baru 2009 buat semua. Semoga kedatangann tahun baru ini memberikan kita semangat dan azam yang baik serta dapat menjadi insan yang berguna kepada keluarga, agama, bangsa dan negara.

Alhamdulillah, penghujung 2008 yang membahagiakan apabila album Lentera Timur telahpun berada di pasaran pada 26 Disember lalu. Bukan Siti sahaja yang teruja dengan kemunculan album ini malah Siti rasa amat bahagia dan bersyukur sekali kerana sambutan yang diterima daripada para peminat semua menerusi mesej yang di tulis di laman ini.
 
Kepada peminat yang berada di luar negara, Siti faham agak sukar anda mendapatkannya dalam waktu yang terdekat ini tetapi anda juga boleh menghubungi atau menghantar emel pesanan ke snpsb@streamyx.com This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it untuk membuat pesanan dan InsyaAllah pihak kami akan mengirimkan ke tempat anda berada. Siti sanggup lakukan ini semua kerana Siti mahu mengembalikan sesuatu yang segar dalam industri apatah lagu dari album terbaru ini berentak tradisional kontemporari. Biarlah sejauh manapun kembara kita, budaya bangsa kita tidak akan dilupa selama-lamanya.
 
Kepada peminat di Indonesia, Siti akan berusaha secepatnya memasarkan album ini di sana, harapnya anda sabar menunggu. Walaupun irama pop begitu menebal di hati warga Indonesia sekarang ini tetapi Siti amat berharap irama tradisional ini juga akan mampu mengembalikan kegemilangan Cindai di negara anda. Semoga album ini nanti akan mendapat sambutan yang baik hendaknya.
 

Buat peminat-peminat yang telahpun mendapatkan album ini, terima kasih Siti ucapkan dan besar harapan Siti agar ia memberikan kepuasan kepada anda.

Siti telah berusaha menampilkan apa jua yang terbaik walaupun tidak ramai artis atau syarikat rakaman yang mahu menerbitkan album penuh ataupun mengeluarkan album dengan bonus 11 lagu, selagi terdaya Siti akan cuba berikan yang terbaik. Industri muzik dalam keadaan tidak menentu, tanpa sokongan anda, tidak mustahil jika suatu hari Siti juga tidak mampu menghasilkan album penuh. Sokonglah industri muzik, sokonglah Lentera Timur dan semua album terbitan SNP kelak dan jangan lupa juga perkhidmatan yang disediakan SN Mobile. Jika ada laman yang membuat muat turun selain SN Mobile, sila hubungi SNP untuk tindakan selanjutnya.
 
Semoga anda gembira dengan buah tangan terbaru Siti ini dan sambutlah tahun 2009 dengan penuh keceriaan. Salam mesra selalu.

Siti Nurhaliza

p/s:Artikel dari SitiZone.com

Comments
One Response to “Lentera Timur ku persembahkan…”
  1. thanks 4 support CT!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • :.Mutiara Kata.:

    Masa Lampau, Masa Sekarang Dan Masa Depan. Sebenarnya Adalah Satu... Ia Adalah Sekarang - Stove
  • :. Contemplation.:

    Pride is not the best because we never fell. But as we come back every time we fall.
%d bloggers like this: