Pesanan Dari Sitizone.com


Salam mesra…

Siti NurhalizaAssalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung laman ini.

Alhamdulillah, Sitizone & Crazyloveman’s WordPress sudah berwajah baru, terima kasih di atas kesabaran anda semua menantikan laman ini kembali. Harapan Siti agar wajah baru Sitizone & Crazyloveman’s WordPress dapat menggembirakan anda dan InsyaAllah ianya akan diperbaiki dari semasa ke semasa.

Berkat Ramadhan yang mulia dan Syawal yang bakal menjelang, Sitizone & Crazyloveman’s WordPress membuka lembaran baru bukan sahaja dengan wajah baru tetapi misinya yang tidak pernah putus untuk mengeratkan lagi hubungan sesama kita. Sebagai insan biasa, Siti menyedari bahawa tidak ada yang mustahil untuk direntasi di alam maya ini kerana di mana saja anda berada, apa bangsa dan agama anda, laman ini telah menyatukan kita semua. Siti bersyukur kerana laman ini memberi erti yang begitu besar bukan sahaja dalam karier Siti tetapi hubungan sesama kita dapat dipanjangkan.

Pada kesempatan ini, rasanya masih belum terlewat untuk Siti mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam dan selamat menyambut hari raya yang bakal menjelang. Semoga keceriaan akan terus mengiringi kita dan jangan lupa bersyukur atas apa jua nikmat yang telah diberikan Allah kepada kita semua.

InsyaAllah selepas raya ini, Siti akan memulakan rakaman vokal untuk album tradisional kontemporari terbaru Siti. Rasanya tidak sabar untuk memulakan rakaman ini kerana sudah lama Siti menunggu saat merakamkan lagu-lagu sebegini. Siti harap album ini nanti akan mendapat sokongan anda semua kerana dalam kegawatan industri muzik sekarang ini, Siti mahu album ini memberikan sinar semula. Semoga album ini diberi perhatian dengan landasan yang baik, elakkan membeli album cetak rompak dan jangan sesekali muat turun (kecuali menerusi SN Mobile), semoga ia mengulangi kejayaan album-album tradisional Siti seperti sebelum ini.

Sekian saja mesej Siti kali ini. Semoga hidup kita semua akan sentiasa dirahmati. Bergembiralah dengan laman terbaru ini dan salam mesra buat semua. Terima Kasih.

Siti Nurhaliza

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • :.Mutiara Kata.:

    Masa Lampau, Masa Sekarang Dan Masa Depan. Sebenarnya Adalah Satu... Ia Adalah Sekarang - Stove
  • :. Contemplation.:

    Pride is not the best because we never fell. But as we come back every time we fall.
%d bloggers like this: