Review CTKD (Canda, Tangis, Ketawa, Duka)


CTKD

Album CTKD yang diterbitkan pada 28Dec pastinya dapat sambutan hangat dari seluruh peminat diva nombor satu Malaysia ini. Akhirnya Pengeranz pada 30 Dec dapat juga di Sunway Pyramid. Yang paling best siap mengadu kat Kak Saida tak ada lagi album ni, Kak Saida siap suruh pergi SNP untuk beli…..Mana la sempat balik keje kul 6, jauh plak tuh….Tapi Alhamdullilah akhirnya dapat juga Pengeranz miliki album ni…..Selepas sakit telinga dengar yang dah miliki album ni….Siap beli kat SNP dapat autograph CT lagi….geram..kalau dekat dah lama Pengeranz ke SNP!!

Terdapat 6 buah lagu serta 4 lagu minus one

  • Jika Kau Datang
  • Sebagai Teman
  • Tanpamu + Minus One
  • Amarah + Minus One
  • Hanya Dia + Minus One
  • Dalam Diamku + Minus One

Kulit Album

Simple dan menarik, gambar yang cantik, memang sekali tengok dah tertarik sebab CT n KD catik,,,wakakakaka….. Dan konsep dan cara CT n KD bergambar seperti diva memang kena dengan konsep yang ditonjolkan, dan seperti biasa kulit album CT memang kesemuanya nampak elegen dan kemewahan bagi pemiliknya….Apa pun Pengeranz memang suka akan konsep dang fotografi yang ditonjolkan nampak mewah…….yang penting tetap diva!

Markah : 4.5/5

Canda Tangis Ketawa Duka

Melodi

Kombinasi kesemua lagi yang menarik serta susunan lagu sentuhan beberapa komposer dan penulis lirik iaitu Audi Mok, Kris Dayanti, Riznadianka Sharon Paul, Charly ST12, Aubrey Suwito, Pacha Andrian dan tidak ketinggalan Dato’ SIti Nurhaliza.Dengan susuana lagu yang agak fast di permulaan album untuk menunjukan kecerian dalam album ini memang menimbulkan suasana kegembiraan hati CT, KD, serta peminat dengan siapnya album yang lama dinanti-nanti ini. serta melodi dapat didengar lebih je;as dengan adanya muzik minus one hadiah dari mereka berdua…..

Markah : 5/5

Dato Siti Nurhaliza

REVIEW LAGU – LAGU CTKD

Jika Kau Tak Datang

Lagu : Audi Mok
Lirik : Kris Dayanti & Riznadianka

  • Dengan tajuk sudah menunjukan ciri-ciri lagu ini. Ianya seakan memberi amaran kepada pendengar bagi permulaan album ini…Dan apa yang palaing mengasyikan melodi yang ala-ala disco yang memenng memberi amaran kepada sesiapa yang mendengarnya, dan mungkin luahan hati mereka dengan lirik ” jika kau tak datang jika kau ingkari ku pasti kau akan menyesali. Part yang paling menarik saat 0.16 – 0.18 saat bisikan KD dan CT, memang idea yang menarik. Jadi apa lagi datang la kepada CT dan KD.

Markah : 4/5


Sebagai Teman

Lagu : Sharon Paul
Lirik : Lew Mabile

  • Selepas kita dihiburkan dengan lagu amaran dan rancak ala-ala disco, kali ini CT n KD bawa kita lebih dekat dengan hati mereka berdua, dengan buaian lagu yang mengisahkan persahabatan mereka serta cerita duka mereka. Lagu bagaikan luahan hati dari CT n KD ini amat menyentuh perasaan para pendengar, buktinya pada lirik ” oh mengapa dunia ini begini, ku cuma manusia biasa, yang hanya inginkan hidup seperti yang lain, oh mengapa harus begini” ianya mungkin mengisahkan kehidupan mereka yang agak terbatas agaknya, bayak kali lirik ini diulang seakan mahukan perhatian dengan lirik ini agar mereka tidak menuduh sesuka hati tanpa usul periksa, dan lirik akhirnya ” kuatkan diri menjalani semua ini…….”

Markah : 5/5

Canda Tangis Ketawa Duka

Tanpamu

Lagu : Charly ST12
Lirik : Charly ST12

  • Selepas dibuai lagu mengisahkan kehidupan mereka, kali ini mereka membawa kita dengan cerita persahabatan mereka….dan mungkin ini mengisahkan khabar angin mengisahkan pergaduhan mereka berdua, bukti pada lirik ” dahulu seiya sekata, namun kini semua tlah berlalu”, namun mereka tetap mahukan satu sama lain, ternyata persahabatan mereka tiada jurang permisah, dan mungkin lagu ini mengigatkan kita agar kita sesama manusia memang memerlukan satu sama lain walaupun tidak sependapat….Ternyata pada lirik ” sayang kuingatkan dirimu, bahwaku tak bisa hidup tanpamu”.

Markah : 6/5

Amarah

Lagu : Audi Mok
Lirik : Siti Nurhaliza

  • Mengisahkan kehidupan wanita yang mereka lalui sekarang, ini mungkin satu amaran kepada pendengar selepas mendalami kesedihan hati mereka. Kita disegarkan dengan lagu yang amat mendalam maksudnya, Secara peribadi ini mungkin amaran kepada para lelaki serta insan yang hanya pandai berkata tanpa fikirkan hati seorang insan. Dan mungkin amaran selepas lagu Wanita. Ternyata pada lirik ” manis mulut lidah kau berapi, tanpa sedari hati kau sakiti, ku menghargai segalanya, tapi mungkin kau yang lupa, fikirkanlah….dengarkanlah….suaraku”, ini mungkin amaran kepada insan yang hanya pandai mengutuk cakap belakang tetang perihal peribadi mereka berdua..Dan lirik yang akhir ” dia yang menentu”

Markah : 4.5/5

Hanya Dia

Album CTKD

Lagu : Aubrey Suwito
Lirik : Pacha Andrian

  • Ini mungkin mengisahkan percintaan mereka, terhadap suami mereka, walaupun KD kini dilanda krisis, kita lupakan sementara, dan mungkin lagu ini ingin ditujukan kepada insan percintaan mereka adalah tulus dan abadi. Dan tertarik pada permulaan pembawakan CT yang sememangnya menampilkan dan menonjolkan keperibadian ketimuran jiwat CT…well done!

Markah : 4/5

Dalam Diamku

Lagu : Audi Mok
Lirik : Kris Dayanti & Riznadianka

  • Permulaan muzik piano yang menarik dan familiar turut mengajak pendengar untuk terus terokai lagu ini. Dan mungkin ini mengisahkan pilihan hidup mereka, walaupun dilihat gembira namun dihati sunyi dan sepi, dan mungkin lagu ini mengisahkan kehidupan KD dengan suaminya, buktinya pada lirik ” yang hilang biarlah menjadi kenangan…biarkanlah…lepaskanlah…”

Markah : 3.5/5

Keseluruhan : 5/5

Comments
16 Responses to “Review CTKD (Canda, Tangis, Ketawa, Duka)”
  1. f says:

    eh!ingatkan ada 8 lagu,4 dr Malaysia and 4 lagi dari Indo

    sikit sangat la

    neway,thanks 4 the review

    x sabar nak dgr!

  2. amanmj says:

    mula2 dengar lagu amarah tu mcm pelik pun ada.

    tapi bila dah dengar banyak kali, bes jugak. style nyanyi sahut menyahut mcm sesuatu yg baru. lain dari yang lain..

    🙂

  3. amanmj – susah jugak nam tafsir lagu amarah ni…memang kena dgr bayak kali jugak……

  4. airswift says:

    enam lagu saja?
    puas tak ni…

  5. aishah says:

    betol 2…mula2 dgr mmg pelik tapi bila dh dgr byk kali…rasa best plak..mcm nk terokai…hehehe

  6. NaxeruL says:

    br dengar & skrg asyik ulang2 lagu Dalam Diamku… huhuhuhu br new year, dpt dengar album duet CT & KD.. best2

  7. airswift – walaupun enam lagu kepuasanya macam 20 lagu tau….tek percaya cuba lah….

    aishah – tak kenal maka tak cinta……

    NaxeruL – ok la tuh……

  8. khairi90 says:

    walaupun ada 6 lagu, tp semuanya best…….semuanya memikat di hati……go ctkd…

  9. Seh says:

    semua lg CTKD ni bestttttt…….paling suka dgr lg tanpamu…..

  10. LuvCT says:

    Sayang hanya 6 lagu sahaja..rasanya CT patut menangguhkan tarikh release album ini untuk mengumpul lebih banyak material…

    Lagu yang best ialah lagu pop rock “jika kau tak datang” dan “amarah”..lain daripada yg pernah sy dengar drpd Ct sebelum ini..

    Lagu balada mcm yang bahan dtinggalkan daripada “Hadiah drpd hati” jer…x begitu mengagumkan sangat, tp “dlm diamku” memberi kelainan sebab irama pianonya itu ala “Fur Elise” karya Ludwig van Beethoven…

    Muka album dh kembali ke format jewel case nampaknya, sayangnya Ct dan KD pakai baju yg nampak mcm drag queen..serabai dan all over the place..ct nampak gemuk dalam jubah ungu itu…

  11. khairi90 – pengeranz setuju…superb!!

    LuvCT – pendapat masing2 kan….anyway thanks 4 comments…. 🙂
    harap album akan datang ni lebih baik dari ini….huhuhuhu

  12. yana says:

    lagu tanpamu best sgt2..slalu dgr kt radio jer n tertanya2 jer saper yg nyanyi..sekali dgr suare ct pastu skali dgr suara kd..rupenyer diorg berdua yg nyanyi..best sgt2…

  13. dakchomey says:

    i ade mcm dive gak x?

  14. Ramadhan says:

    aku suka banget sama semua lagunya ctkd, mudahan berjaya ctkd, duet sama diva brunei dan singapore juga, pasti hebatlah

  15. Ramadhan says:

    KD jangan pikirin syahrini, KD diva tak tertandingi di Indonesia,

  16. dakcomey : ada la sikit sikit…huhuhu

Leave a comment

  • :.Mutiara Kata.:

    Masa Lampau, Masa Sekarang Dan Masa Depan. Sebenarnya Adalah Satu... Ia Adalah Sekarang - Stove
  • :. Contemplation.:

    Pride is not the best because we never fell. But as we come back every time we fall.