Pengalaman Ku


Kekadang kalau aku duduk sesorang kat bilik kew kat mana-mana la, aku teringat time aku kecik2 dulu. Memang seronok, bagi aku kehidupan sewaktu kanak-kanak memang terindah. Aku ingat lagi time aku mula-mula nak daftar masuk tadika, time tuh dengan panasnyer d’+ pulak dgn mak aku mengandungkan adik aku, dari jalan besar aku ngan mak aku jalan kaki untuk sampai ke tadika tersebut, perjalanan +- 2KM jugak la. Lepas tuh aku dah masuk tadika aku bergiat aktif dalam dunia seni di zaman kanak-kanak, aku jadi penari untuk tadika aku.

Cerita pasal adik aku. Ingatan aku masih kuat mengatakan yang mak aku gugur adik aku kat dalam kereta secara tiba-tiba, tapi mengikut sumber-sumber yang boleh dipercayai mak aku gugur sebab kene kejar anjing dalam perjalanan pulang dari hantar aku pergi tadika. Maybe betul la,tapi aku yang tak ingat iyerla otak budak-budak tak kuat lagi kan….

Lepas aku keluar Tadika Wira tuh aku masuk Sekolah Rendah Bukit Naga tapi sekarang dah upgrade Kebangsaan. Aku masuk kelas 1 Dahlia. Kelas pertama tau. Kat situ aku jumpa ramai kawan antaranya Ghazali Fitri tuh aja yang aku ingat yang lain kalau aku tengok muka aku kenal la. Tapi time tuh aku tak rapat pun dengan Ghazali ni. Pengalaman yang aku tak boleh lupa kena bantai dengan pembaris panjang warna kuning tuh masa mata pelajaran English. Sebab masa tuh aku memang bod*h gler dalam mata pelajaran tuh. Dan mata pelajaran yang paling aku minat Matematik dengan Bahasa Melayu, Cikgu Muhaini yang ajar aku, selain tun Mata Pelajaran Muzik, aku memang pandai, sampai cikgu Muzik tuh cakap dengan kelas maybe satu hari nanti aku akan jadi macam M.Nasir, tapi……… Dan yang palaing best bagi aku aku jadi pengawas sekolah la. Ghazali Fitri yang jadi Ketua Pengawas, dari situ la aku rapat dengan die, die memang budak terpandai kat sekolah. Semenjak tuh aku selalu tumpang Ghazali untuk pergi sekolah naik kereta Mak die. Lepas UPSR adew jamuan sikit pastu aku dengan Ghazali dapat cabutan bertuah sesama, hadiah pun sama hamper nombor 3, Ghazali hamper nombor 2. UPSR aku dapat 2B 2C 1D teruk kan… Tapi Ghazali dapat 5A!!!!

Lepas tuh aku masuk Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun. Aku dapat kelas Permata, kelas ke-3 terakhir dari 8 kelas. Lepas amik peperiksaan tuk tukar kelas aku dapat kelas Intan kelas ke-3 dari hadapan dari 8 kelas. Aku masih memegang jawatan Pengawa Sekolah tanpa ditemu-duga memang membuatkan seua tidak puas hati dengan aku. Sampai tingkatan 2 aku jadi Ketua Pengawas Sesi Petang, iyerlah Ghazali dah pindah sekolah yang lebih baik, kalau tak, tak merasala aku pegang jawatan tuh. Dan yang paling penting kat sekolah aku la yang paling gile glamor. Kalah Azwan ngan Aznil tau. (Jangan Marah Arrr). Sampai tingkatan 4 aku ambil keputusan untuk pindah sekolah teknik, tapi ramai guru yang menghalang antaranya cikgu kaunseling aku la….PMR aku dapat 1A 2B 3C 2D.

Di sekolah Teknik, Ya Allah memang terlalau bayak kenangan. Aku akan tulis kemudian.

Jadi itulah kisah2 yang memang aku tak dapat lupakan. Memang sesuatu kenangan yang indah. Terlalu Indah. Saya yakin anda juga bersetuju dengan kata-kata saya. Tapi pelik masa kita kecik2 kita sering minta ajar cepat dewasa agar bebas berbuat apa-apa pun, tapi ianya tidak seindah yang diimpikan. Jadi kanak-kanak lagi seronok sebab tak payah nak pikir masalah, semua tuh mak bapak yang pikir untuk kita, tapi sekarang semua kita yang kena tanggung sendiri….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • :.Mutiara Kata.:

    Masa Lampau, Masa Sekarang Dan Masa Depan. Sebenarnya Adalah Satu... Ia Adalah Sekarang - Stove
  • :. Contemplation.:

    Pride is not the best because we never fell. But as we come back every time we fall.
%d bloggers like this: