Review Teater Muzikal TERIMA KASIH CINTA


TERIMA KASIH CINTA

Cinta?, memang sukar untuk ditafsir, ianya datang dari hati dan ianya tak dapat dipaksa, tetapi percayalah cinta dapat dipupuk. Pelbagai persepsi yang diberikan ianya bergantung kepada permikiran seseorang serta kepercayaan seseorang berkenaan cinta. Cinta pada keluarga, cinta pada kekasih, cinta pada pasangan, dan cinta yang agung adalah cinta pada yang Maha Pencipta.

TERIMA KASIH CINTA adalah sebuah adaptasi dari filem CINTA arahan Kabir Bhatia. Dari layar perak di Malaysia dan kemudian di Indonesia, ia kini dipentaskan dalam bentuk teater muzikal dengan barisan pelakon dan pembantu yang sangat berbakat. Terima Kasih Cinta menceritakan tetang lima kisah cinta yang berbeza, tetapi semuanya berkaitan diantara satu sama lain. Ikuti kisah-kisah cinta yang pasti menyentuh hati anda.

Dengan barisan pelakon Latif Ibrahim, Safura, Tony Eusoff, Norish Karman, Vince Chong, Nadia Aqilah, Shajiry Damery, Faradhiyah, Deja Moss, Anding serta Diddy Hirdy.  Ok kat sini Pangeranz nak cerita satu persatu kisah cinta mereka.

Cinta Luar Biasa – Elyas dan Rubiah (Latif Ibrahim dan Safura)

Umur bukanlah penghalang untuk jatuh cinta. Elyas seorang bekas guru yang menghidapi penyakit Alzheimer bertemu dengan Rubiah, seorang wanita yang prihatin, cekal dan tabah. Rubiah yang menganggap pencarian cintanya sudah berakhir mula merasakan bahawa Elyas boleh mengubati kesepian diri. Dapatkah mereka mengenali cinta pada usia mereka itu?

Secara peribadi Pangeranz amat kagum dengan lakonan Uncle Latif, watak yang betul-betul hidup, nyanyian yang amat baik. Dan Safura, Pangeranz biasa melihat belakon teater, so memang tak ada masalah untuk Safura bawa watak sebegini.

Rate : 4/5

Wit Tony

Cinta Tanpa Batasan – Airin dan Harris (Norish Karman dan Tony Eusoff)

Harris, seorang arkitek yang Berjaya, menganggap dirinya amat bertuah kerana memiliki seorang isteri yang cantik, anak yang disayangi dan sebuah kehidupan yang indah. Namun Harris terjaga dari ilusi apabila Airin menyuarakan perasaannya yang telah lama dipendam. Adakah cinta akan memaksa beliau melepaskan keluarga tersayang?

Bagi kisah ini pula menceritakan pasangan suami dan isteri. Dimana dalam perhubungan bagi Pangeranz perlu ada rasa tanggung jawap serta saling memahami, yang paling penting kesetiaan. Lakonan Tony amat hidup apabila tiba scene pergaduhan antara mereka.

Rate : 4.5/5

Wit Faradhiyah

Cinta Yang Tidak Disangka – Azlan dan Azura (Shajiry Damery dan  Faradhiyah)

Cinta yang sering dating pada waktu yang tidak disangka. Azlan seorang hartawan yang memiliki syarikat penerbitan berjumpa dengan Azura, seorang gadis yang bijak dan berdikari. Akhirnya Azura turut jatuh hati kepada Azlan, tetapi adakah gadis biasa ini sukup setaraf dengannya?

Satu kisah yang amat-amat menarik, dimana Pangeranz pernah penulis Aktikel “Apa Yang Telah Terjadi”, dan kisah ini amat sesuai, dimana seseorang itu tak tahu apa yang telah dilakukan sehingga seorang insan akan terjatuh hati padanya. Hurm~

Rate : 4/5


Wit Nadia Aqilah

Cinta Suci – Arianna dan Taufiq (Nadia Aqilah dan Vince Chong)

Arianna seorang gadis idealistic yang mengejar cintanya dengan harapan menggunung tinggi, Taufiq pula seorang wartawan muda yang bekerja disebuah syarikat tabloid kecil di kota. Apakah yang dikejar Arianna hanyalah bayang hingga die terlupa dengan apa yang ada didepan mata. Bertemukah Arianna dengan lelaki yang jujur dan setia yang dicari-carinya selama ini?

Sesuai dengan cinta yang dikejar, sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan kekasih hati, begitu tinggi rasa cinta, adegan kelakar dan sedih sehingga mampu menjatuhkan air mata Pangeranz, tahniah pada Nadia Aqilah kerana kejayaan membawa watak ini. Serta Vince yang sangat-sangat kelakar.

Rate : 5/5

Cinta Abadi – Dyan dan Dhani (Deja Moss dan Anding)

Wit Anding

Dyan adalah seorang usahawan wanita Berjaya yang terperangkap dalam cinta tiga segi. Dyan sering bertelingkah dengan adiknya Dhani, yang memilih kehidupan sebagai artis jalanan. Bagi beliau Dhani harus menanam cita-cita yang lebih tinggi untuk Berjaya. Apakah pengorbanan yang paling besar apabila anda mencintai seseorang?

Kisah cinta, kasih sayang dalam kekeluargaan terutamanya dalam adik beradik, pengorbanan yang amat besar yang telah dilakukan dari seoarang yang bernama kakak. Kisah yang dapat menjatuhkan air mata Pangeranz, kerana cinta yang ditonjolkan amat-amat tersentuh.

Rate : 5/5


Disini diingatkan kepada semua yang menonton jangan lupa bawa tisu yer. hehehehe 🙂 . Dengan set, bunyi, serta lampu memainkan peranan penting untuk kita mendalam cerita ini. So rasai cerita ini seadanya dengan hati yang ikhlas. Bagi Pangeranz cerita ini amat sesuai dengan semua lapisan masyarakat, kerana ianya bukan sahaja menceritakan cinta dengan kekasih hati, ianya terkandung cinta kekeluargaan yang kite perlu ambil iktibar. Memang lain dari yang lain, sebab ada satu adegan ini dalam hati Pangeranz mesti Si Anding akan jatuh cinta dengan Nadia Aqilah ketika terserempak di kedai kafe Safura, tetapi sangkaan menyeleweng yer, so sangat setuju dengan teater ini lain dari cerita melayu yang ada.

Tak lupa pada Leya HOTFM, walaupun watak sampingan tetapi cukup besar ampak yang diberikan, Rindu degan lakonan kelakar dan spontan Leya?, sini la tempatnya untuk anda lepaskan rindu. Ketika Cast extra nyanyi lagu2 yang ada, mata Pangeranz tertumpu pada Leya sahaja. Leya memegang watak extra serta tauke kedai buku tempat kerja Azura lakonan Farahdhiya.

Secara keseluruahan bagi Pangeranz sebuah produksi yang amat Berjaya, selain kita tahu Teater Gunung Ledang, dan inilah satu produksi untuk kita fahami apa itu cinta, ramai yang menyatakannya tetapi tak semua melaluinya, dan disini la untuk kita salami jiwa dan fahami apa itu erti CINTA yang sebenar. Dan dengan harapan CINTA yang kita lahirkan adalah CINTA yang suci. InsyaAllah.

Keputusan Akhir Rate 5/5

Ahmad Izhan Omar

Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios Sdn Bhd

 

Boudeng Edruce

Penerbit Eksekutif

 

Pat Ibrahim

Pengarah dan Koreografer


Roslan Aziz

Pengarah Muzik

 

Raja Maliq

Penata Seni

 

Hamzah Tahir

Pereka Set

 

Megat Sharizal

Penolong Pengarah

Beli Tiket Anda Disini

Comments
4 Responses to “Review Teater Muzikal TERIMA KASIH CINTA”
  1. Thanks for the review. Should watch ini TKC 🙂

    PojiePooh; Hanya Satu…

  2. zeni says:

    mmg best teater ni, rasa mcm nak tgk lg.

  3. pojie n zeni – perlu tengok…cerita yang bagus tetapi sambutan biasa sahaja. Susah kalau pemikiran dah mcm tuh…yang dioanggap teater Made In Melaysia tak berapa bagus… ntahlah kenapa ramai yang beranggapan macam tuh….

    dan pangeranz dah hasud (ayat setan ni) kawan pangeranz tuk tgk… Maklum balas TERBAIK! ahaks~

Trackbacks
Check out what others are saying...
  1. […] This post was mentioned on Twitter by Umar Chong, Umar Chong and Umar Chong, Umar Chong. Umar Chong said: Review Teater Muzikal TERIMA KASIH CINTA http://wp.me/pd6Df-jn […]



Leave a comment

  • :.Mutiara Kata.:

    Masa Lampau, Masa Sekarang Dan Masa Depan. Sebenarnya Adalah Satu... Ia Adalah Sekarang - Stove
  • :. Contemplation.:

    Pride is not the best because we never fell. But as we come back every time we fall.